Untuk
resepi buat 1 kg... Kalau nak cuba boleh buat sikit dulu sbb 1 kg ni
dpt byk juga. Bahan-bahannya cukup ringkas.credit to biktin yg ajar mama
cara buat kerepek ni.
Kerepek CoklatResepi; Dapurmamasya
Bahan1 kg tepung gandum
3 sudu makan gula biasa
2 sudu besar serbuk koko
2 biji telur
4 sudu besar butter - suhu bilik
2 1/3 (500 ml) air campur 1 sudu kecil garam - kacau
Cara 1.Campurkan tepung gandum,gula, telur dan butter. Kacau rata .
2.Masukkan air sikit demi sedikit dan uli hingga menjadi doh. doh lembut sedikit dari doh kulit karipap.
3.Ambil anggaran 1 cwn adunan dan campurkan dgn serbuk koko. Uli hingga serbuk koko rata.
4.
Canaikan sedikit adunan asal tanpa warna. canaikan pula sedikit adunan
coklat. letakkan lapisan adunan warna coklat di atas lapisan asal.Jika
mahu corak rintik2, buat lapisan coklat memanjang mcm batang pensil dan
disusun atas lapisan asal.Ulang buat sehingga adunan habis...dpt
beberapa gulung.
5.Gulung adunan kemas-kemas.
6.Potong tipis2 adunan.adunan yg telah dipotong jgn ditindankan..susun sekeping-keping dlm dulang yg besar.
7.Setelah siap bolehlah digoreng dgn minyak yg byk.sejat.siap utk dimakan.
Utk kerepek ni boleh buat corak ikut pilihan masing2....di sini mama kongsikan 2 corak spt dibawah. Corak 1....spt corak kerepek bawang Canaikan
sedikit adunan asal tanpa warna. canaikan pula sedikit adunan coklat.
letakkan lapisan adunan warna coklat di atas lapisan asal.
Gulung adunan dari belah atas ke bawah kemas-kemas.
Potong tipis2 adunan.
adunan yg telah dipotong jgn ditindankan..susun sekeping-keping dlm dulang yg besar.
bolehlah di goreng..
sejat dan siap utk dimakan
hasil kerepek coklat
Corak 2....rintik-rintik Buat
lapisan coklat memanjang mcm batang pensil dan disusun atas lapisan
asal.Gulung adunan dari belah kiri ke kanan kemas-kemas.jgn silap gulung
nanti corak tak dpt gini.
Potong tipis2 adunan.
adunan yg telah dipotong jgn ditindankan..susun sekeping-keping dlm dulang yg besar.
dah
goreng bolehlah dimakan. bukan waktu rayapun sesuai buat
kerepek....makan sambil tengok tv...sembang-sembang...kunyah
sekeping-keping...tak sedar sebalang dah licin...
dapur-mamasya.blogspot.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan