Seorang
lelaki datang menemui Imam Syafie mengadukan tentang kesempitan hidup
yang dia alami. Dia memberitahu bahawa dia bekerja sebagai orang upahan
dengan gaji sebanyak 5 dirham. Dan gaji itu tidak mencukupi untuknya.
Namun
anehnya, Imam Syafie langsung menyuruh dia untuk menemui orang yang
mengupahnya supaya mengurangkan gajinya menjadi 4 dirham. Lelaki itu
pergi melaksanakan perintah Imam Syafie sekalipun dia tidak faham apa
maksud dari suruhan itu.
Setelah
berlalu beberapa lama lelaki itu datang kembali menemui Imam Syafie
mengadukan tentang kehidupannya yang tidak ada kemajuan. Lalu Imam
Syafie memerintahkannya untuk kembali menemui orang yang mengupahnya dan
minta untuk mengurangkan lagi gajinya menjadi 3 dirham. Lelaki itupun
pergi melaksanakan anjuran Imam Syafie dengan perasaan sangat hairan.
Setelah
berlalu sekian hari lelaki itu kembali lagi menemui Imam Syafie dan
berterima kasih atas nasihatnya. Dia menceritakan bahawa wang 3 dirham
itu dapat mencukupkan semua keperluan hidupnya, bahkan hidupnya menjadi
lapang. Dia menanyakan apa rahsia di sebalik semua itu?
Imam
Syafie menjelaskan bahawa pekerjaan yang dia jalani itu tidak berhak
mendapatkan upah lebih dari 3 dirham. Dan kelebihan 2 dirham itu telah
mencabut keberkatan harta yang dia miliki ketika bercampur dengannya.
Lalu Imam Syafie membacakan sebuah sya’ir:
جمع الحرام على الحلال ليكثره
دخل الحرام على الحلال فبعثره
دخل الحرام على الحلال فبعثره
Dia kumpulkan yang haram dengan yang halal supaya ia menjadi banyak.
Yang harampun masuk ke dalam yang halal lalu ia merosakkannya.
_____
Barangkali kisah ini dapat menjadi pelajaran yang sangat berharga bagi kita dalam bekerja. Jangan terlalu berharap gaji besar
bila pekerjaan kita hanya sederhana. Dan jangan berbangga mendapat gaji
besar, padahal kerjabuat kita sangat lemah atau tidak seimbang dengan
gaji yang diterima.
Bila gaji yang
kita terima tidak seimbang dengan kerja, ertinya kita sudah menerima
harta yang bukan hak kita. Itu semua akan menjadi penghalang keberkatan
harta yang ada, dan mengakibatkan hisab yang berat di akhirat kelak.
Harta
yang tidak berkat akan mendatangkan permasalahan hidup yang membuat
kita susah, sekalipun bertaburkan benda-benda mewah dan serba lengkap.
Wang banyak di bank tapi setiap hari bergaduh dengan isteri. Anak-anak
tidak mendatangkan kebahagiaan. Dengan teman dan jiran sekeliling tidak
sehaluan.
Kendaraan
selalu bermasalah. Ketaatan kepada Allah semakin hari semakin melemah.
Fikiran hanya dunia dan dunia. Harta dan harta. Penglihatan selalu
kepada orang yang lebih dalam masalah dunia. Tidak pernah puas,
sekalipun mulutnya melantunkan alhamdulillah tiap minit.
Kening
selalu berkerut. Satu persatu penyakit datang menghampir. Akhirnya gaji
yang besar habis untuk cek up ke hospital dan periksa ke klinik. Tidak
ada yang dapat dibahagikan untuk sedekah, infak dan amal-amal demi
tabung masa depan di akhirat. Menjalin silaturrahim dengan sanak
keluarga pun tidak. Semakin kelihatan mewah tapi sifat kedekutnya juga
semakin menguasai.
Semoga
Allah mengurniakan kepada kita kemampuan untuk serius dalam bekerja,
hingga rezeki kita menjadi berkat dunia dan akhirat !
Sumber : Viraliyat
Tiada ulasan:
Catat Ulasan