Rabu, 9 September 2015

Tip Mudah Bersalin Tanpa Ubat Tahan Sakit

mudah bersalin
 
Melalui proses sakit bersalin memang sangat menggentarkan kepada semua ibu mengandung. Tak kira mengandung anak pertama mahu pun anak ke-6. Mengingatkan sakitnya proses kontraksi  yang berlaku bagi yang bersalin normal, membuatkan ramai ibu berasa tidak mahu bersalin lagi jika boleh. Tetapi ia hanya perasaan sementara sahaja. Bila sudah hilang sakit, tiada lagi istilah tidak mahu bersalin lagi. Bagi yang akan melalui proses bersalin, apa kata cuba tips ini. Mana tahu boleh membantu melalui kesakitan bersalin tanpa perlu mengambil ubat tahan sakit.
 
 
1. Banyakkan berzikir dan berselawat
 
Bagi yang beragama Islam, sangat disarankan untuk terus berzikir dan berselawat. Insha Allah boleh kurangkan sakit kontraksi. 
 
 
2. Ucapkan 'mantera' sendiri
 
Bagi ibu yang bukan beragama Islam, boleh cipta 'mantera' atau kata-kata semangat sendiri seperti "Saya tak sakit", "Cepat keluar baby". Dengan pernafasan yang betul dan kata-kata ucapan tersebut diucap berulang kali, secara psikologi ia membantu ibu mengawal kesakitan.
 
 
3. Banyakkan berjalan
 
Sebenarnya dengan kerap berjalan akan mengurangkan sakit kontraksi berbanding hanya terbaring di bilik bersalin dan menunggu serviks terbuka 10 cm sepenuhnya. Oleh itu kalau ibu sudah mula rasa sakit kontraksi, rajin-rajin berjalan di sekeliling wad anda. Elakkan berbaring terlalu lama. 
 
 
4. Sibukkan diri
 
Oleh kerana anda berada di wad bersalin, tentu ada ramai kawan-kawan yang melalui kesakitan sama dengan anda. Apa kata daripada masing-masing melayan 'kesakitan' lebih baik berbual-bual berkongsi pengalaman dan cerita. Sekurang-kurangnya dengan sibuk berbual dan bergelak ketawa, ia dapat mengurangkan rasa sakit yang sesekali datang menyerang.
 
 
5. Bercakap dengan bayi
 
Sekarang adalah masa yang paling baik untuk bercakap dengan bayi dalam perut anda. Pujuk dan beritahu bayi yang anda berdua perlu bekerjasama untuk proses kelahiran berjalan cepat dan mudah.
 
 
6. Ikut gerak hati anda
 
Sekiranya anda sudah melakukan semua perkara berikut tetapi kesakitan yang dialami sangat keterlaluan dan anda sudah hilang upaya untuk menahannya, mintalah ubat penahan sakit daripada doktor. Janganlah kerana terlalu taksub untuk melahirkan bayi tanpa bantuan ubat tahan sakit anda memaksa diri menanggung kesakitan tersebut. Ini kerana lain ibu lain tahap kesakitan yang dialami. Apa yang penting, anda dapat melahirkan bayi dengan selamat.
pama

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...