Isnin, 28 September 2015

Fakta - filem antarabangsa yang pernah menjalani penggambaran di Malaysia

16 filem antarabangsa yang pernah menjalani penggambaran di Malaysia
Beberapa buah filem dari Hollywood, Bollywood dan Hong Kong yang telah menjadikan Malaysia sebagai lokasi penggambaran mereka. - Foto Astro Gempak
 
MALAYSIA sememangnya dikenali sebagai salah satu tarikan utama pelancong di Asia Tenggara ini.
Namun tanpa kita sedari, terdapat juga beberapa buah filem dari Hollywood, Bollywood dan Hong Kong yang telah menjadikan Malaysia sebagai lokasi penggambaran mereka.

Di bawah ini disenaraikan 16 filem antarabangsa yang telah menjalani penggambaran di Malaysia.
Ada yang kita biasa tonton dan ada juga yang kita tidak perasan sebenarnya lokasi itu berlaku di Malaysia.







1) Indochine (1992)
Indochine adalah sebuah sebuah filem Perancis yang diterbitkan pada tahun 1992.

Berlatar belakangkan zaman koloni 'French Indochina' di Vietnam sekitar tahun 1930an hingga 50an, filem ini mengesahkan Eliane Devries, seorang pemilik ladang dari Perancis dan krisis bersama anak angkatnya dari Vietnam, Camille. Dibarisi pelakon-pelakon Perancis, filem ini telah menjalani penggambaran di sekitar Pulau Pinang, Ipoh, Parit dan Shah Alam.

2) Police Story 3 (1992)
Antara filem paling popular dalam senarai ini, Police Story 3 adalah sebuah filem Hong Kong lakonan Datuk Jackie Chan dan Tan Sri Michelle Yeoh.

Anda tentu masih ingat babak di mana Jackie Chan tergantung dengan tangga bertali dari helikopter dan kemudiannya terbang mengelilingi bandaraya Kuala Lumpur.

Untuk babak luaran, filem ini telah menjalani penggambaran di Hong Kong, Shanghai dan Kuala Lumpur manakala babak dalaman pula di Kuala Lumpur.

3) Beyond Rangoon (1995)
Sebuah filem bergenre drama politik arahan John Boorman.

Mengesahkan Laura Bowman lakonan Patricia Arquette, seorang pelancong dari Amerika yang berkunjung ke Burma pada tahun 1988 sewaktu krisis '8888 Uprising' melanda negara itu.

Walaupun berlatar belakangkan Myanmar, keseluruhan filem ini sebenarnya menjalani penggambaran di Malaysia.

Watak dan perjalanan filem ini bagaimanapun adalah berdasarkan kisah benar.

4) Thunderbolt (1995)
Filem kedua lakonan Datuk Jackie Chan yang berada dalam senarai ini.

Berkisarkan dunia perlumbaan kereta, Thunderbolt arahan Gordon Chan menyaksikan pelbagai bahasa digunakan dalam filem ini iaitu Cina, Jepun dan Inggeris.

Jackie Chan memegang watak sebagai seorang mekanik yang kemudiannya menjadi pelumba.

Penggambaran telah dilakukan di pelbagai litar lumba antarabangsa seperti Sendai Hi-Land Raceway di Jepun dan Litar Batu Tiga, Shah Alam.


5) Young & Dangerous 5 (1998)
Filem Hong Kong yang berkisarkan kongsi gelap.

Menariknya filem ini mengesahkan kerjasama dua kumpulan kongsi gelap dari Malaysia dan Hong Kong.

Pelakon Paul Chun telah memegang watak sebagai Datuk Chan Ka Nam dan turut tampil lengkap berbaju melayu dan songkok.

Jika anda pernah menonton filem ini, pastinya anda akan ingat babak di mana Mei Ling lakonan Shu Qi dan Chan Ho Nam lakonan Ekin Cheng bertemu di Restoran Soo Kee berdekatan Jalan Imbi.

6) Anna and the King (1999)
Merupakan filem adaptasi dari novel Anna and the King of Siam.

FIlem ini berkisarkan Anna Leonowens lakonan Jodie Foster yang ditugaskan menjadi guru kepada anak-anak raja Mongkut lakonan Chow Yun-fat.

Filem ini bagaimanapun berdepan kontroversi apabila mendapat kritikan dari kerajaan Thailand.

Anda yang pernah menonton filem ini pastinya akan ingat penampilan pelakon-pelakon dari Malaysia seperti Afdlin Shauki, Deanna Yusoff dan Sean Ghazi.

Penggambaran filem ini telah dibuat di Pulau Pinang, Ipoh dan Langkawi.


7) Entrapment (1999)
Dua nama besar Hollywood iaitu Sean Connery dan Catherine Zeta Jones berlakon dalam filem ini.

Aksi-aksi hebat filem ini telah dirakamkan dengan berlatar belakangkan Menara Berkembar Petronas.

Juga terdapat babak di sekitar Chow Kit.

Babak terakhir filem ini telah mengambil tempat di Stesen LRT Bukit Jalil namun papan tandanya telah ditukarkan kepada Pudu.



8) Summer Holiday (2000)
Sebuah filem Hong Kong arahan Jingle Ma dan dua teraju utamanya ialah Sammi Cheng dan Richie Ren.

Kisah cinta sepasang kekasih yang memiliki resort di sebuah pulau di Malaysia.

Lokasi penggambarannya ialah Pulau Redang, Terengganu.

Disebabkan filem ini, More More Tea Inn di pulau itu menjadi popular dan serta banyak menarik pelancong.

9) The Sleeping Dictionary (2003)
Sebuah filem romantik arahan Guy Jenkin dan dibintangi oleh Hugh Dancy, Jessica Alba, Brenda Blethyn, Emily Mortimer dan Bob Hoskins.

Menjadikan Sarawak sebagai lokasi utama, filem ini berkisarkan seorang pemuda Inggeris yang telah berkunjung ke Sarawak sewaktu zaman pendudukan British di negeri itu.

Pemuda itu kemudiannya jatuh cinta kepada seorang gadis tempatan dan kemudian berlakunya konflik kerana perbezaan budaya mereka.


10) Don (2006)
FIlem Bollywood lakonan Datuk Shah Rukh Khan yang diarahkan oleh Farhan Akhtar.

SRK memegang dua watak dalam filem ini selain Arjun Rampal dan Priyanka Chopra yang turut sama berlakon.

Hampir 80% penggambaran filem ini dilakukan di Malaysia, antaranya mengambil tempat di Menara Berkembar Petronas dan Jalan Masjid India.



11) After This, Our Exile (2006)
Bintang terkenal Hong Kong, Aaron Kwok menjadi teraju utama untuk filem ini di mana dia memegang seorang lelaki yang berdepan krisis dalaman keluarga.

Filem ini menarik kerana sinematografinya menakjubkan dengan memaparkan keindahan bandaraya Ipoh.


12) Road to Dawn (2007)
Filem sejarah China yang diarahkan oleh pengarah Hong Kong, Derek Chiu.

Filem ini menggambarkan episod gelap dalam kehidupan revolusi Sun Yat -sen apabila dia mencari perlindungan di Pulau Pinang dari Julai hingga Disember 1910.

Filem ini adalah filem pertama dari Tanah Besar China yang menjalani penggambaran sepenuhnya di Pulau Pinang.

Filem ini mengeksploitasi sepenuhnya suasana pelbagai budaya Pulau Pinang menunjukkan budaya dalam masyarakat etnik, pakaian, rumah ibadat, dan warisan seni bina.


13) Lust, Caution (2007)
Pengarah antarabangsa terkenal, Ang Lee adalah pengarah filem thriller erotik ini.

Pulau Pinang dan Ipoh sekali lagi menjadi latar belakang filem yang berkisarkan penjajahan Jepun ke negara-negara di Asia sekitar tahun 1938 dan 1942.

Filem ini turut dibintangi Tang Wei, Tony Leung Chiu Wai dan Wang Leehom.



14) Fair Game (2010)
FIlem lakonan Naomi Watts dan Sean Penn ini memaparkan drama politik Amerika Syarikat.

Memaparkan kisah seorang wanita yang dituduh pengkhianat oleh negaranya sendiri.

Beberapa babak awal filem di ambil di sekitar bandaraya Kuala Lumpur.


15) The Viral Factor (2012)
Lagi merupakan filem aksi dari Hong Kong. Diarahkan oleh Dante Lam dan teraju utamanya ialah Jay Chou dan Nicholas Tse.

Dengan bajet mencecah HK$200 juta (RM114 juta), hampuir 80% filem iini menjalani penggambaran di Malaysia.

Antara lokasi menjadi pilihan ialah International Medical University di Bukit Jalil dan Jalan Raja Chulan.

Aksi hebat kejar mengejar filem ini turut berlaku di pusat beli-belah Pavillion.


16) Blackhat (2015)
Pemegang watak Thor dari siri filem Avengers, Chris Hemsworth adalah teraju utama filem ini.

Turut berlakon ialah Tang Wei, Viola Davis, Holt McCallany, dan Wang Leehom.

Penggambaran mengambil tempat di banyak lokasi antaranya Los Angeles, Hong Kong, Jakarta dan Kuala Lumpur.

Sewaktu di Malaysia, penggambaran telah mengambil masa selama 5 minggu melibatkan lokasi-lokasi seperti Kuala Lumpur, Port Klang, Pulau Pangkor, Manjung, Lumut, Marina Island dan Putrajaya.

Sumber: Hype Malaysia  astro awani

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Anda Berkenan .

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...