Khamis, 17 September 2015

Takut Nak Luahkan Perasaan?

 Situasi yang semua orang pernah rasa :
" Sebenarnya, saya dah lama suka awak,cuma tak berani nak cakap,takut awak tolak saya.." T_T

Malu tahap gaban ke nak luahkan perasaan cinta kau tu pada orang yang kau suka atau kau ni sebenarnya penakut...

Ceh, kau memang penakut !
 
Siapa yang penakut ni huh?
 
Kau la ! Kau yang tengah baca entri ni dan masih single. Sebab kau tak berani nak luahkan perasaan kau tu. Memang ramai yang penakut, hingga la orang tu diambil orang lain, baru nak nyesal tak sudah.
 
Kenapa perlu takut untuk meluahkan perasaan?



Ohhh...sebab takut kena reject eh?
Kalau dah suka jangan disimpan dalam hati. Luah je perasaan tu sebab, nak tak nak memang kena luahkan jugak. Kalau tak bagitahu, macam mana dia nak tahu. Soal kena reject tu tolak tepi dulu, yang penting apa yang terbuku hati dalam hati kau tu dah diluahkan. Makin lama simpan dalam hati, makin membengkak perasaan tu.
LEBIH BAIK KENA REJECT DARI MENYESAL
Biasalah tu kalau kena reject. Sekurang-kurangnya bila kau luahkan, dia tahu yang kau tu ada simpan perasaan padanya. Kalau orang yang kau suka tu reject, luahkan pada orang lain pulak. Takkan la setiap kali luah tak kena sasaran.
 
Tapi kan, kalau kau takut sangat untuk luahkan apa yang terpendam dalam hati tu, sekurang-kurangnya bagi la apa-apa hint kat dia ,biar dia tahu yang kau sebenarnya ada hati nak usha dia.

Tak perlu takut, tak perlu malu bila meluah perasaan ni. Kalau ada rezeki, dia mungkin jodoh kau. Kalau dia tolak, mungkin kau tak sesuai untuk dia atau dia yang buta untuk menilai antara kaca dan permata.


A boy proposed to a girl, she rejected. He was not sad. His friends asked him, Why he didn't feel sad? 
Boy: why should i be sad? I have lost someone who didn't love me, But she's lost someone who loved her. 
So, good luck pada mereka yang bakal nak meluahkan perasaan tu :)
 http://nicknashram.blogspot.com/

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...