Durian oh durian! Bagi aku, pelik kalau ada orang yang tak makan durian. Tambah-tambah orang Malaysia berbangsa Melayu yang berasal dari kampung. Tidak dinafikan, kaum Cina juga merupakan peminat tegar buah durian di negara kita. Apa kes yang membuatkan mereka tak boleh nak makan? Ada tu sampai bau pun dah tak boleh. Rugi betul hidup tanpa merasai nikmat durian weh.
Ini ada 10 fakta menarik buah durian.
- Tinggi kalori? Ramai yang menganggap buah durian tinggi kalori dan menggemukkan. Tahukah anda bahawa seulas durian baru mempunyai 50kcal? Tidaklah tinggi sangat.
- Tinggi kolesterol? Durian atau mana-mana buah pun tidak mengandungi kolesterol. Kolesterol cuma datang dari sumber haiwan, bukan tumbuhan.
- Tiada nilai nutrisi? Buah durian kaya dengan pelbagai vitamin dan mineral seperti antioxidant vitamin-C (about 33% of RDA), B-complex dan potassium (penting untuk kawalan bendalir badan, mengawal denyutan jantung dan tekanan darah. Durian juga mengandungi kalsium dan fosforus
- Tinggi lemak? Satu ulas durian baru ada dalam 1-2g lemak dan itu pun bukanlah lemak tepu (saturated fat)
- Tinggi gula? Satu ulas durian ada dalam 10g gula. Tinggi? Itu bergantung kepada jumlah kuantiti pengambilan anda. Kalau 2-3 ulas masih kurang lagi daripada satu tin minuman soda.
- Panaskan badan? Memang. Buah durian mempunyai kualiti memanaskan badan. Jadi elak makan berlebihan, lagi-lagi kalau anda mempunyai diabetes atau tekanan darah tinggi.
- Tingkatkan nafsu seks? Betul! Itu berbalik kepada kualiti memanaskan badan - peningkatan peredaran darah. Sekali lagi, hati-hati sekiranya anda hypertension dan elakkan bercium-ciuman :)
- Tidak sesuai untuk diabetes? Betul! Itu bukan soal durian semata-mata tapi mereka yang ada diabetes atau kencing manis harus kawal pengambilan gula dan makanan/minuman yang tinggi glukosa.
- Kurangkan stress? Bergantunglah kot tetapi buah durian mengandungi asid amino bernama tryptophan yang membantu meningkatkan pengeluaran hormon serotonin (yang mengantukkan). Jadi anda lebih senang tidur, rasa lebih "ringan" dan lebih tenang.
- Jangan makan berlebihan? Memang betul. Tapi sekali lagi, itu bukan untuk durian semata-mata tetapi untuk segala-galanya. 1-3 ulas sekali jalan tidaklah teruk sangat.
kongsakongsi
Tiada ulasan:
Catat Ulasan