Isnin, 23 Julai 2012

Fakta Mengenai Beca Dan Asal Usulnya…Menarik…

FRONT (Gambar)Fakta Mengenai Beca Dan Asal Usulnya...Menarik...
Beca bermula dari kenderaan serupa yang pertama kali beroperasi di Jepun iaitu jinrikisha (???, ? jin = manusia, ? riki = daya atau tenaga, ? sha =kenderaan) sekitar tahun 1868 apabila pemulihan Meiji. Kata ”jinrikisha” mulai masukdalam kamus Oxford English Dictionary tahun 1887.






A Japanese court lady in a hand pushed carriage from Arnoldus Montanus 1669 book (Gambar)Fakta Mengenai Beca Dan Asal Usulnya...Menarik... 

Siapakah yang diakui menjadi penemu kenderaan bertenaga manusia ini masih terdapatn perbezaan pendapat.

Sumber pertama.
Jinrikisha (atau rickshaw: China) ditemui oleh Albert Tolman, seorang tukang besi dariAmerika Syarikat tahun 1848 di Worcester, Massachussets, untuk kepentingan pekerjaannya sebagai mubaligh.

Sumber kedua.
Seorang mubaligh Amerika di Jepun, Jonathan Scobie membuat rickshaw sekitar tahun1869 sebagai alat pengangkutan bagi isterinya yang cacat.

A tourist Ricsha ride in Chinatown Los Angeles 1938 (Gambar)Fakta Mengenai Beca Dan Asal Usulnya...Menarik... 

Suatu saat dia berfikir bagaimana cara isterinya yang kakinya cacat boleh ikut ia berjalan-jalan? Tentu diperlukan sebuah kenderaan. Kenderaan itu, fikirnya, tidak usah ditarik haiwan kerana hanya untuk satu penumpang sahaja. Kemudian ia mulai menggambar kereta kecil tanpa bumbung di atas sehelai kertas. Orang-orang Jepun yang melihat kenderaan peribadi ditarik manusia itu menamakannya jinrikisha. Penarik  jinrikisha biasanya diberi upah tiap minggu. Lama-lama, jinrikisha menarik perhatian masyarakatJepun, khususnya para bangsawan ..

Sumber ketiga
A tourist Ricsha ride in Chinatown Los Angeles 19381 (Gambar)Fakta Mengenai Beca Dan Asal Usulnya...Menarik... 

Orang-orang Jepun percaya bahawa jinrikisha dicipta oleh tiga orang: Izumi Yosuke, SuzukiTokujiro, dan Takayama Kosuke pada tahun 1868, terinspirasi pada penggunaan kuda penarik kereta yang popular lebih dahulu. Sejak tahun 1870, kerajaan Jepun mengeluarkan izin pengeluaran serta penjualan jinrikisha bagi tiga penemu ini. Sejak 1872 ada sekitar40.000 jinrikisha beroperasi di Tokyo (Powerhouse Museum, 2005; The Jinrikisha story,1996).

Beca di Malaysia
beca hibrid (Gambar)Fakta Mengenai Beca Dan Asal Usulnya...Menarik... 

Beca di Malaysia, dalam rekod bertulis, bermula di Singapura pada 1914 apabila 15 beca didaftar dan diperkenal sebagai basikal roda tiga Taman Upton. Beca ini mempunyai pengayuh disebelah sisi penumpang. Terdapat juga model beca dengan pengayuh di belakang atau di hadapan penumpang. Bumbung juga dipasang bagi memberi teduhan kepada penumpang.

images4 (Gambar)Fakta Mengenai Beca Dan Asal Usulnya...Menarik... 

Rekod beca terawal adalah apabila ia digunakan di Singapura pada 1914 apabila 15 beca didaftar dan diperkenal sebagai basikal roda tiga Taman Upton. Bagaimanapun ia didapati sukar dikendalikan melalui jalan yang sempit dan berliku-liku berbanding lanca yang ditarik manusia. Oleh sebab kerana itu, batch beca pertama 1914 kemudiannya dijual dan bawa ke Jawa. Hanya pada akhir 1920-an beca kembali diperkenalkan di Singapura dan kegunaannya meningkat dengan kedatangan migran China yang mendapati membawa beca memberikan pendapatan yang baik. Beca kemudian menjadi semakin popular di Malaysia, Indonesia, Vietnam dan seluruh Asia.

becak siantar (Gambar)Fakta Mengenai Beca Dan Asal Usulnya...Menarik... 

becak yogya1 (Gambar)Fakta Mengenai Beca Dan Asal Usulnya...Menarik... 

images 14 (Gambar)Fakta Mengenai Beca Dan Asal Usulnya...Menarik... 

images 33 (Gambar)Fakta Mengenai Beca Dan Asal Usulnya...Menarik... 

images 41 (Gambar)Fakta Mengenai Beca Dan Asal Usulnya...Menarik... 

::P/S: batul banyak fakta beca rupanya..Tapi setiap negara atau negeri mestinya punya sejarah sendiri dan corak beca tersendiri…Lama dah tak naik beca…Berapa agaknya tambang die sekarang erk???

Sumber: Apa Kabar Dunia..Wikipedia

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...