1. Jika kaki kejang, tekan kaki pada dinding. Selain itu, pastikan anda mendapat cukup kalsium agar masalah ini dapat dikurangkan.

2. Posisi terbaik untuk tidur mengiring dengan lutut separuh membengkok. Ini membolehkan jantung anda bekerja dengan lebih baik agar berat janin tidak menekan pembuluh darah utama.






3. Sekiranya anda sakit belakang, letakkan lebih bantal semasa berbaring. Letakkan satu bantal di bawah perut, celah kedua-dua kaki, bahagian bawah belakang dan satu lagi di bahagian kepala.

4. Mengurangkan minum air terutamanya yang mengandungi kafein seperti teh dan kopi sebelum masuk tidur dapat mengelakkan anda kerap bangun tidur untuk membuang air kecil.

5. Cuba tidur secara mengiring ke sebelah kiri untuk membantu pengaliran darah dan oksigen ke plasenta.
pama