Jumaat, 24 Ogos 2012

Rajin Berus Gigi BOleh Elak Nyanyuk

Orang yang suka menjaga gusi dan gigi mungkin kurang berisiko untuk mendapat penyakit nyanyuk, menurut kajian penyelidik Universiti California.

Mereka mendapati, wanita lanjut usia yang memberus gigi kurang sekali sehari menghadapi 65 peratus kemungkinan nyanyuk berbanding yang memberus tiga kali sehari. Perkara itu didedahkan oleh ketua penyelidikan berkenaan, Annlia Paganini-Hill kepada akhbar Daily Mail. 
 
 
 
 

“Kesihatan fikiran anda bukan hanya bergantung kepada amalan membersihkan mulut tetapi kebersihannya juga boleh menentukan sama ada anda mendapat penyakit itu,” katanya lagi.

Kajian itu yang disiarkan oleh Jurnal Persatuan Geriatrik Amerika mengesan kesihatan hampir 5,500 penduduk di kawasan kediaman pesara California mulai 1992 hingga 2010.

Selepas 18 tahun berlalu, 1,145 responden asal menunjukkan tanda menghidap nyanyuk.

Daripada 78 wanita yang memberus gigi kurang sekali sehari pada 1992, 21 mengalami nyanyuk pada 2010 atau satu kes setiap 3.7 wanita.

Sebagai perbandingan, di kalangan mereka yang memberus gigi sekurang-kurangnya sekali sehari, hampir seorang setiap 4.5 wanita menjadi nyanyuk atau 65 peratus berkemungkinan menghidapnya.

Pada masa sama, penyelidik turut menjelaskan bahawa mereka tidak bermaksud mengatakan masalah gigi boleh membawa kepada nyanyuk sebaliknya menyarankan perkara itu terus diselidik. 
- AGENSI
 
 
 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...