Khamis, 6 Disember 2012

29 % Manusia Tidur Berjalan!

Tidak dapat disangkal juga, terdapat segolongan kecil dalam umat manusia ini yang Allah swt berikan kelebihan atas kekuatan dan kecerdasan fizikal dan mental walaupun tidak tidur pada malam hari. Tetapi ini juga adalah nikmat daripadaNya. Hal ini kerana apa? Kerana nikmat tidur dan lena itu adalah milik Allah swt.






Ada yang tidur dalam tempoh yang singkat sahaja tetapi Allah swt memberikan kenikmatan yang tinggi dalam tempoh tersebut maka ia telah memperoleh istirehat yang sempurna. 

Jelas bukan kerana kuantiti masa tidur yang banyak menjadi pengukur cukupnya tempoh beristirehat tetapi kualitinya. Kualiti yang datangnya daripada Allah swt.

 Maka bersyukurlah apabila kita memperolehi nikmat tidur ini dan berdoalah kepadaNya pohon diberikan nikmat ini sekiranya kita tidak memperolehinya.

29 % Manusia Tidur Berjalan! 
 
Tetapi ada sesetengah orang tidur berjalan tanpa disedari. 29 % atau mungkin lebih orang dewasa di seluruh dunia melakukan perkara ini.

 Kajian dibuktikan oleh pakar dari Universiti Stanford. Daripada jumlah itu, 3.9 % yang mengalami perkara ini mempunyai latar belakang keluarga yang turut tidur berjalan, seorang peminum tegar, Obsessive compulsive disorder (OCD) dan mengambil ubat anti tekanan (SSRI).

SUMBER : i Sihat

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...