Tasik Roopkund di Chamoli District,
Uttarakhand, India adalah tasik glasier yang terkenal dengan timbunan
lima ratus rangka manusia di sekelilingnya. Tasik ini sering dilaputi
salji dan glasier namun apabila tiba musim panas, salji dan glasier yang
mencair menampakkan timbunan tengkorak di gigi tasik dan sekelilingnya.
Lokasi di mana tasik ini berada langsung
tidak berpenghuni kerana pelbagai faktor terutama ketinggian altitudnya
yang mencecah 5,029 meter atau 16,499 kaki. Di kaki gunungnya, terdapat
beberapa kampung kecil.
Keberadaan rangka dan tulang manusia yang
sebegitu banyak membingungkan ramai saintis. Pertama kali ia ditemui
adalah pada tahun 1942 oleh tentera British. Mereka terkejut dengan
keadaan yang menyeramkan dan serta-merta menyangka ia adalah tulang dan
rangka tentera Jepun. Telahan itu ternyata tidak tepat kerana selepas
siasatan dan kajian, tulang tersebut bukan milik tentera Jepun kerana
kesemua tulang telah dimakan usia.
Kebanyakan kulit, tulang dan tengkorak
tidak mereput kerana faktor cuaca namun berdekad lamanya, saintis masih
gagal memecahkan tembok persoalan. Pelbagai teori dikemukakan antaranya
adalah kematian mereka disebabkan upacara bunuh diri. Terdapat juga
teori yang menghujah bahawa kematian mereka disebabkan pembersihan
etnik. Walaubagaimanapun, teori paling masuk akal adalah akibat
tertimbus oleh tanah runtuh.
Akhirnya terungkai
Ekspedisi para saintis pada tahun 2004
telah berjaya merungkai misteri kematian mereka di tasik Roopkund.
Saintis menganalisi hampir kesemua mayat dan rangka yang terdapat di
situ.
Hasilnya, mereka berjaya mencipta
kesimpulan yang agak sukar diterima akal. Para saintis tersebut mendakwa
bahawa mereka yang maut di tasik Roopkund terbahagi kepada dua puak
yang berbeza melalui ciri-ciri fizikal dan DNA mereka.
Puak pertama adalah mereka yang berfizikal seakan-akan sama iaitu kemungkinan mereka sanak-saudara atau daripada puak yang sama.
Manakala puak yang satu lagi terdiri
daripada mereka yang berbadan kecil seperti masyarakat tempatan.
Kemungkinan mereka diambil bekerja untuk mengangkut barang dan penunjuk
jalan kepada puak yang satu lagi.
Walaubagaimanapun, mereka maut dengan
cara yang sama selepas hasil analisa menunjukkan tengkorak dan bahu
mereka retak teruk. Keretakan tengkorak mereka bukan disebabkan hentam
benda tajam namun akibat hentam sesuatu yang berbentuk bulat.
Selepas membuat kajian yang cukup teliti,
saintis menyatakan kematian mereka disebabkan oleh hentaman salji yang
masing-masing berukuran sebiji bola besbol. Salji tersebut memiliki
kekerasan yang cukup untuk memecahkan cermin kereta. Mereka terperangkap
di lembah sunyi tersebut dan tidak mempunyai pokok mahupun bangunan
untuk berlindung.
Pentarikhan karbon turut dibuat. Apa yang
mengejutkan adalah usia mereka adalah dalam lingkungan 850 selepas
masihi. Ini bermakna mereka bersemadi tanpa diketahui oleh mana-mana
manusia mahupun haiwan selama lebih 10 abad.!
takusahrisaublog
Tiada ulasan:
Catat Ulasan