Sebelum ini saya pernah paparkan tentang rekaan sebuah rumah sempit di Jepun yang direka dengan bijak
untuk memaksimakan ruang di dalam rumah disebabkan tanah yang sempit.
Kali ini dipaparkan rekaan bagi bilik tidur yang sempit pula.
Di dalam sebuah apartment sempit yang hanya berkeluasan 538 kaki persegi, pemilik apartment yang terletak di Montrouge, Perancis ini meminta consultation dari ECDM Architects untuk mereka bilik tidur supaya ruang mampu dimaksimakan sebaik mungkin. Bagi ruang apartment yang sempit sebegini, penyelesaian yang dianjurkan oleh arkitek adalah dengan mereka sebuah bilik tidur yang tergantung di bahagian tengah apartment.

Bukan sahaja penyelesaian tersebut mampu memaksimakan ruang, malahan rekaan ini cukup harmoni dengan suasana di sekitar bahagian dalam apartment. Projek yang siap pada tahun 2005 yang lalu ini memang sangat kreatif dan bijak, namun pasti lebih sesuai jika langsir dipasang pada bahagian masuk bilik tidur untuk memberi sedikit privasi.
section
pandangan pelan
sumber dari inthralld/kfeinblog
Tiada ulasan:
Catat Ulasan