Bahan
1/2 kg makaroni di rebus dengan sedikit garam dan sesudu minyak masak (
air hendaklah masih dan menggelegak baru masukkan makaroni - ikut cara2
seperti di paket)
300 gm daging cincang
2sdb cili kering yang dikisar ( optional jika mau pedas)
4 bj bawang merah )
3 ulas bawang putih )
1 sdb ikan bilis )
1 sdt udang kering ) dikisar
1/2 sdt belacan )
2 batang lada merah )
4sb minyak masak
garam
gula
sedikit kicap masih
4sdb tomato sos
1 cawan sayur campur
1 cawan bawang goreng
1-2 bj telur
Caranya:
1. Tumis bahan2 yang di kisar sehingga garing
2. Masukkan daging kisar dan goreng sehingga garing
3. Masukkan makaroni dan di gaul rata.
4. Masukkan kicap dan tomato sos.
5. Pecahkan telur dan biar sebentar sehingga telur masak sedikit, kemudian barulah dikacau.
6. Masukkan garam dan gula secukup rasa
7. Masukkan bawang dan sayur campur.
8. Kacau rata.
9. Angkat dan hidangkan.
http://daridapurmaklang.blogspot.com
MindaRakyat Tidak dikemaskini, sila ke 1 Media - https://www.1media.my/
2 tahun yang lalu
Hmmm..sedap ni..letak udang/isi ayam ok jgk
BalasPadam