Berikut adalah grafik kediaman junjungan
besar kita, Rasulullah saw. Keseluruhan intisari dan dialog adalah dalam
bahasa Arab. Namun bergitu, terdapat beberapa intisarinya dapat penulis
fahaminya, insyaAllah. Grafik kediaman Rasulullah saw
dipersembahkan keseluruhannya oleh penerbit Law Ka Na Bainana, Ahmad Al-Shugairi.
Melalui grafik ini, dapat diketahui
bahawa rumah Rasulullah saw bersambung dan hampir berjiran dengan Masjid
Nabawi di Madinah al-Munawarrah. Di antara rumah Rasulullah saw dan
Masjid Nabawi inilah terdapatnya satu tempat yang dikenali dengan Raudhah yang mana segala doa akan dimakhbulkan oleh Allah swt. Sabda Rasulullah saw daripada Abu Hurairah ra,
“Tempat yang terletak di antara
rumahku dengan mimbarku merupakan suatu taman di antara taman-taman
surga, sedang mimbarku itu terletak di atas kolamku.”
( Riwayat Sahih Bukhari)
Kini, sempadan yang dikatakan Raudhah
telah berada dalam lingkungan Masjid Nabawi. Pihak berkuasa Masjid
Nabawi telah menandainya dengan warna hijau disebalik warna karpet
berwarna merah.
Saiz Rumah Rasulullah saw
Rumah baginda mempunyai ketinggian hanya 3 meter dan selebar 4.5 meter. Manakala bilik baginda pula hanya sepanjang 3.5 meter dan selebar 3 meter.
Di dalamnya hampir tiada perabot-perabot mewah melainkan hanya bantal
dan sebidang tikar untuk baginda tidur, bersolat dan merehatkan badan.
Ia bertepatan dengan hadis yang diriwayatkan oleh Aisyah ra,
Diriwayatkan dari Aisyah ra, dia
berkata, “Rasulullah SAW menghamparkan sebahagian tikar diwaktu malam
dan baginda solat di atasnya. Baginda pun menghamparkan tikar itu
disiang hari untuk tempat orang-orang duduk”
(Hadis Sahih Bukhari dan Baihaqi)
Melalui beberapa hadis lain yang
diriwayatkan oleh Abu Rifa’ah Al-Udzri dan beberapa yang lain, terdapat
beberapa kelengkapan lain dalam rumah Rasulullah. Walaubagaimanapun,
kelengkapan tersebut hanyalah kelengkapan basis seperti kerusi, kendi
dan mangkuk.
Rumah Ummul Mukminin
Selain Masjid Nabawi yang berjiran dengan
dengan rumah baginda, kediaman Rasulullah saw juga berdekatan dengan
kediaman isteri-isteri baginda. Urutan rumah-rumah isteri baginda paling
dekat adalah seperti berikut:
1. Sayyiditina Hafsah bt. Umar al-Khattab ra
2. Sayyiditina Saudah bt. Zam’ah al-Amiriyah al Quraisiyah ra
3. Sayyiditina Aisyah bt. Abu Bakar as-Siddiq ra
4. Sayyiditina Ummu Salamah Hindun bt Abi Umaiyah ra
5. Sayyiditina Juwariyyah bt. Harith ra
6. Sayyiditina Zainab bt. Jashy ra
7. Sayyiditina Ummu Habibah Ramlah bt. Abi Sufyan ra
8. Sayyiditina Safiyah bt. Huyay ra
9. Sayyiditina Maimunah bt. Harith ra
Di tapak rumah Sayyiditina Aisyah ra, Rasulullah saw kemudian dimakamkan. Kemudian, dimakamkan pula dua sahabat besar baginda, Abu Bakar As-Siddiq dan Umar Al-Khattab.
Walaubagaimanapun, kerana perluasan Masjid Nabawi oleh kerajaan Arab
Saudi, ketiga-tiga makam itu kini berada di dalam lingkungan masjid,
iaitu di sudut tenggara atau di sebelah kiri depan masjid.
Aisyah sendiri dan isteri-isteri baginda
yang lain kebanyakannya dimakamkan di perkuburan Baqi. Pada satu masa
dahulu, perkuburan Baqi terpisah cukup jauh, kini dengan perluasan
masjid secara berkala, perkuburan Baqi telah berada bersebelahan dengan
halaman Masjid Nabawi.
Terdetik dalam hati penulis apabila
melihat pemimpin agung dan idola umat Islam hanya mempunyai rumah yang
layaknya seorang buruh kasar. Terang lagi jelas bahawa baginda tidak
menghiraukan kesenangan dunia dan ini menangkis fitnah serta
tohmahan para orientalis dan yahudi laknatullah yang mengatakan baginda
sebenarnya seorang yang tamak dan materialistik.
Sabagai perbandingan, rumah musuh-musuh
Allah seperti Qarun, Firaun, Hamman, Namrud dan sebagainya, kesemua
mereka mempunyai kediaman yang amat besar dan mewah. Runtuhan
istana-istana mereka membuktikan segalanya. Qarun misalnya, telah
digambarkan dalam al-Quran mempunyai gudang menyimpan hartanya yang
sangat besar sehingga ‘kunci-kuncinya sungguh berat dipikul oleh sejumlah orang yang kuat-kuat’.
Sesungguhnya Qarun adalah termasuk kaum Musa, maka ia berlaku aniaya terhadap mereka, dan Kami telah menganugerahkan kepadanya perbendaharaan harta yang kunci-kuncinya sungguh berat dipikul oleh sejumlah orang yang kuat-kuat.
(Ingatlah) ketika kaumnya berkata kepadanya: “Janganlah kamu terlalu
bangga; sesungguhnya Allah tidak menyukai orang-orang yang terlalu
membanggakan diri.”
(Surah al-Qashash ayat 76)
takusahrisau
Tiada ulasan:
Catat Ulasan