Banyak
destinasi pelancongan di dunia yang menarik untuk dikunjungi, kerana
agama dan seni binanya. Kedua-dua hal ini ada di Masjid Hassan II yang
terletak di Casablanca, Maghribi.
Masjid
Hassan II merupakan masjid kedua terbesar di dunia. Menara masjid
setinggi 210 meter disebut sebagai menara masjid yang paling tinggi di
dunia. Masjid yang mempunyai kapasiti 25 ribu orang ini dibina hanya
dalam tempoh enam tahun, mulai 1980 dan direka oleh arkitek warga
Perancis, Michel Pinseau.
Masjid
dibina oleh Raja Hassan II yang kemudian dinamakan sama dengan nama
raja. Masjid Hassan II terletak di sebuah tanjung yang menghadap terus
ke Lautan Atlantik.
Ini
merupakan permintaan khas dari Raja Hassan kerana di dalam Al-Quran,
kitab suci umat Islam, disebutkan bahawa singgahsana Tuhan terletak di
atas laut. Istimewanya, sebahagian lantai masjid diperbuat daripada kaca
dan oleh itu umat Islam yang beribadah atau sujud boleh melihat terus
ke dalam laut.
Masjid
direka tahan gempa lengkap dengan mandian khas Turki dan mempunyai
lantai yang boleh dihangatkan sesuai dengan cuaca. Atap masjid diperbuat
dari pintu elektrik yang boleh terbuka, sebagai simbol semua ibadah
yang dilakukan di masjid ini akan dibawa ke atas (syurga).
Seni
bina masjid dipengaruhi gaya Moorish dan mirip Masjid Al Cordoba di
Sepanyol. Masjid Hassan II dan Masjid Tin Mal adalah dua masjid di
Maghribi yang terbuka untuk umum dan tetamu bukan Islam. Semua tetamu
boleh membeli tiket masuk masjid dan akan dipandu oleh pemandu
pelancongan yang menjelaskan secara terperinci interior masjid. -
terjemahan dari blog-ansyari.blogspot.com
Tiada ulasan:
Catat Ulasan