Selasa, 23 Oktober 2012

Kuning dan Jingga Kaya Karotenoid



Memilih buah-buahan dan sayur-sayuran daripada pelbagai warna adalah salah satu strategi untuk memastikan tubuh mendapat nilai khasiat pemakanan yang baik.

Dalam kebanyakan kes, lebih gelap warna buah-buahan atau sayuran berkenaan, lebih banyak jumlah khasiatnya. Pada masa sama, setiap buah-buahan dan sayuran juga mempunyai gabungan vitamin, galian serta pelbagai khasiat yang unik.






Bagi mereka yang menggemari buah-buahan dan sayuran berwarna kuning dan jingga, ia banyak mengandungi antioksidan seperti vitamin C serta khasiat lain. Secara umumnya, bahan terbabit membantu untuk meningkatkan kesihatan jantung dan penglihatan serta sistem ketahanan tubuh.

Karotenoid

Buah-buahan dan sayuran berwarna kuning dan jingga biasanya diwarnai oleh pigmen semula jadi tumbuhan dipanggil karotenoid. Beta carotene dalam labu, lobak dan kentang manis ditukar kepada vitamin A yang membantu untuk mengekalkan membran mukus yang sihat serta penglihatan yang lebih baik.



Saintis turut melaporkan bahawa makanan yang kaya dengan karotenoid boleh membantu untuk mengurangkan risiko penyakit jantung serta meningkatkan fungsi sistem ketahanan tubuh.

Buah-buahan sitrus seperti oren bukanlah sumber vitamin A yang baik. Tetapi ia sumber yang baik untuk vitamin C dan folat (membantu untuk mengurangkan risiko kecacatan ketika kelahiran).

Buah dan Sayur

Antara pilihan buah-buahan berwarna kuning dan jingga yang banyak khasiat serta mudah didapati termasuk mangga, oren, betik, pic, pear kuning, nanas serta tembikai kuning.

Sayuran dalam kategori ini pula termasuk lobak, jagung, lada benggala kuning, kentang, labu serta tomato kuning.
siharselalu

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...