Pada
ka'bah kita sering melihat adanya Kiswah (kain / selimut hitam penutup
Kaabah). Tujuan dari pemasangan kain itu adalah untuk melindungi dinding
ka'bah dari kotoran, debu, dan panas yang boleh membuatnya menjadi
rosak. Selain itu kiswah juga berfungsi sebagai hiasan ka'bah.
Menurut
sejarah, Kaabah sudah diberi kiswah sejak zaman Nabi Ismail AS, putra
Nabi Ibrahim AS. Namun tidak ada catatan yang menyatakan kiswah pada
zaman Nabi Ismail diperbuat daripada apa dan berwarna apa. Baru pada
masa kepemimpinan Raja Himyar Asad Abu Bakr dari Yaman, disebutkan
kiswah yang melindungi Kaabah diperbuat daripada kain tenunan.
Polisi
Raja Himyar untuk memasang kiswah sesuai dengan tradisi Arab yang
berkembang sejak zaman Ismail as diikuti oleh para penerusnya. Pada masa
Qusay bin Kilab, salah seorang leluhur Nabi Muhammad yang terkemuka,
pemasangan kiswah pada Kaabah menjadi tanggung jawab masyarakat Arab
dari suku Quraisy.
Nabi
Muhammad SAW sendiri juga pernah memerintahkan pembuatan kiswah dari
kain yang berasal dari Yaman. Sedangkan empat khalifah penerus Nabi
Muhammad yang termasuk dalam Khulafa al-Rasyidin memerintahkan pembuatan
kiswah daripada kain benang kapas.
Sementara
itu, pada era kekhalifahan Abbasiyah, Khalifah ke-4 al-Mahdi
memerintahkan supaya kiswah dibuat daripada kain sutera Khuz. Pada masa
pemerintahannya, kiswah didatangkan dari Mesir dan Yaman.
Menurut
catatan sejarah, kiswah tidak semestinya berwarna hitam pekat seperti
saat ini. Kiswah pertama yang dibuat dari kain tenunan Yaman berwarna
merah dan berjalu-lajur. Sedangkan pada masa Khalifah Mamun ar-Rasyid,
kiswah dibuat dengan warna dasar putih. Kiswah juga pernah dibuat
berwarna hijau atas perintah Khalifah an-Nasir dari Bani Abbasiyah
(sekitar abad 16 M) dan kiswah juga pernah dibuat berwarna kuning
berdasarkan perintah Muhammad bin Sabaktakin.
Penggantian
kiswah yang berwarna-warni dari tahun ke tahun, rupanya mengusik benak
khalifah al-Mamun dari Dinasti Abbasiyah, hingga akhirnya memutuskan
bahawa sebaiknya warna kiswah itu tetap dari masa ke semasa iaitu hitam.
Hingga saat ini, kiswah diganti setiap tahun, tetapi warnanya tetap
hitam.
Pada
era keemasan Islam, tanggung jawab pembuatan kiswah selalu dilakukan
oleh setiap khalifah yang sedang berkuasa di Hijaz, Arab Saudi pada
setiap masanya. Kiswah selalu menjadi tanggung jawab para khalifah,
beberapa raja di luar tanah Hijaz pernah menghadiahkan kiswah kepada
pemerintah Hijaz.
Dulu,
kiswah yang diperbuat daripada sutera hitam pernah didatangkan dari
Mesir yang biayanya diambil dari Pemerintahan Kerajaan Mesir. Tradisi
penghantaran kiswah daripada Mesir ini bermula pada zaman Sultan
Sulaiman yang memerintah Mesir pada sekitar tahun 950-an H sampai masa
pemerintahan Muhammad Ali Pasya sekitar akhir tahun 1920-an.
Setiap
tahun, kiswah-kiswah indah yang diperbuat di Mesir itu dihantar ke
Makkah melewati jalan darat menggunakan tandu indah yang disebut mahmal.
Kiswah beserta hadiah-hadiah lain di dalam mahmal datang bersama
rombongan haji dari Mesir yang diketuai oleh seorang amirul hajj.
Amirul
hajj itu dilantik secara rasmi oleh pemerintah kerajaan Mesir. Dari
Mesir, setelah upacara serah terima, mahmal yang dikawal tentera Mesir
berangkat ke terusan Suez dengan kapal khusus hingga ke Pelabuhan
Jeddah. Setibanya di Hijaz, mahmal tersebut diarak dengan upacara yang
sangat meriah menuju ke Mekah.
Penghantaran
kiswah dari Mesir pernah terlambat hingga awal bulan Zulhijjah. Hal itu
berlaku selepas meletusnya Perang Dunia I. Kelewatan penghantaran
kiswah terjadi akibat suasana yang tidak selamat dan kondusif akibat
Perang Dunia I.
Melihat
situasi yang kurang baik pada saat itu, Raja Ibnu Saud (pengasas
Kerajaan Arab Saudi) mengambil keputusan untuk segera membuat kiswah
sendiri mengingat pada tarikh 10 Zulhijjah, kiswah lama harus diganti
dengan kiswah yang baru. Usaha tersebut berjaya dengan pendirian
syarikat tenun yang terdapat di Kampung Jiyad, Mekah.
Selepas
Perang Dunia I berakhir, Raja Farouq I dari Mesir kembali mengirimkan
kiswah ke tanah Hijaz. Namun melihat akan pelbagai situasi pada saat
itu, pemerintah Kerajaan Arab Saudi di bawah Raja Abdul Aziz Bin Saud
memutuskan untuk membuat kilang kiswah sendiri pada 1931 di Makkah.
Hingga akhirnya kiswah dibuat di Arab Saudi hingga saat ini.
Kain
kiswah mempunyai keunikan dan keunggulan yang tersendiri.
Pintalan-pintalan benang berwarna emas mahupun perak bersatu padu
merangkai barisan kalam Ilahi. kiswah menjadi sangat berharga, bukan
hanya kerana firman-firman Allah SWT yang suci yang dipintal pada
kiswah, tetapi juga kerana keindahan dan eksotisme pintalan benang
berwarna emas dan perak di permukaannya.
Perpaduan
warna emas dan perak pada kaligrafi yang menghiasi kiswah tersebut
memiliki nilai seni yang luar biasa. Sebab pembuatannya memerlukan skill
dan bakat yang luar biasa kerana tidak semua orang mampu membuat seni
seindah itu. Kiswah merupakan simbol kekuatan, kesederhanaan juga
keagungan.
detikislam
Tiada ulasan:
Catat Ulasan