Nabi
Ibrahim mempunyai sebuah rumah kecil yang khas digunakannya untuk
beribadat kepada Allah. Apabila hendak keluar, rumah itu akan dikunci
supaya tiada sesiapa pun yang boleh masuk dan merosakkan rumah ibadatnya
itu. Bagaimanapun, suatu hari Nabi Ibrahim terkejut kerana sebaik
memasuki rumahnya itu, didapati ada seorang lelaki di dalamnya.
"Siapa kamu yang berani menceroboh rumahku?" tanya Nabi Ibrahim.
"Aku dimasukkan ke dalam rumah ini oleh tuan empunya rumah ini," jawab lelaki itu ringkas.
Nabi Ibrahim terdiam. Dia mula terfikir sesuatu. "Katakan padaku, adakah kamu ini malaikat?"
Lelaki tersebut menjawab pertanyaannya, "Ya... aku adalah malaikat. Malaikat Maut!"
Lantas
Nabi Ibrahim bertanya, "Kalau begitu, bolehkah kamu tunjukkan kepadaku
akan keadaan rupa wajahmu apabila kamu hendak mencabut nyawa orang
mukmin?"
Berkata malaikat maut, "Berpalinglah kamu daripadaku buat seketika."
Nabi
Ibrahim pun memalingkan mukanya. Beberapa ketika kemudian memandang
malaikat maut kembali. Alangkah terperanjatnya Nabi Ibrahim apabila
melihat keindahan wajah malaikat maut itu. Wajahnya seperti orang muda,
sangat tampan, memakai kain yang cukup cantik dan disaluti bau yang
harum semerbak.
Kata Nabi Ibrahim, "Wahai malaikat maut, jikalau
orang mukmin hanya dapat menatap wajahmu saja sebelum mereka mati, maka
itu pun sudah cukup bagi mereka.
Suatu hari Nabi Ibrahim
didatangi oleh malaikat maut. Nabi Ibrahim bertanya kepada Izrail adakah
malaikat maut itu boleh memperlihatkan wajahnya. Dia ingin benar
melihat wajah malaikat yang paling ditakuti oleh seluruh makhluk Allah
itu.
"Wahai Ibrahim, kalau itu yang engkau minta, aku sedia melakukannya," jawab Izrail.
Apabila
sudah mendapat keizinan, Nabi Ibrahim bertanya lagi, "Aku minta padamu
Izrail, bolehkah kau tunjukkan rupamu ketika mencabut nyawa orang yang
ingkar pada perintah Allah dan berbuat zalim?"
Jawab Izrail, "Wahai Ibrahim, kini kamu berpalinglah daripada melihatku buat seketika."
Lalu
Nabi Ibrahim pun memalingkan mukanya. Seketika kemudian Nabi Ibrahim
memandang kembali ke arah malaikat maut. Seketika itu juga Nabi Ibrahim
melihat suatu lembaga berbentuk lelaki hitam dan rambunya keriting. Dari
mulut dan lubang hidung malaikat maut itu keluar lidah api yang
menjulang-julang serta asap yang bergulung-gulung.
Apabila
melihat keadaan malaikat maut yang mengerikan itu, Nabi Ibrahim terus
jatuh dan pengsan. Setelah Nabi Ibrahim sedar semula, Izrail pun kembali
menunjukkan wajahnya yang cantik dan bersinar-sinar.
Berkata
Nabi Ibrahim, "Wahai malaikat maut, kalaulah orang yang zalim itu
melihat mukamu sebelum mereka mati, maka itu pun sudah memadai untuk
membuat mereka bertaubat kepada Allah."
Agaknya, bagaimanakah nanti rupa malaikat maut apabila mencabut nyawa kita setelah sampai masa kita nanti??
bersihjiwahati
MindaRakyat Tidak dikemaskini, sila ke 1 Media - https://www.1media.my/
2 tahun yang lalu
Tiada ulasan:
Catat Ulasan