Menemui Islam Melalui Youtube
Beberapa tahun terakhir, Nicole mencari kebenaran sejati tentang hakikat
kehidupan. Itu dilakukannya setelah merasa kehilangan panduan dalam
hidup.
Sebelumnya Dia rajin untuk ke gereja, tetapi ada satu fasa dimana
dirinya buntu ketika bercakap tentang syurga dan neraka. Pun ketika
berbicara mengenai kehidupan selepas kematian, atau apa yang hendak ia
katakan ketika bertemu sang pencipta.
Dia tidak tahu apa yang mesti dibuat. Sederet soalan itu cuba dia
hilangkan dengan minum minuman keras. Semakin lama, dia sedar cara yang
digunakannya sekarang tidak memberikan penyelesaian.
Sebabnya, dia memerlukan sesuatu untuk berubah. "Lalu teman-teman aku
menyarankan mengikuti kuliah yang berbeza iaitu melalui video Youtube.
Aku mula melihat, dan mendengar video tersebut," kenang dia, seperti
dilaporkan dalam onislam.net.
Ternyata, video yang dia saksikan adalah kuliah tentang Islam. Apabila kerap menyaksikan video tersebut membuatnya mula ketagih.
Dia mengaku bangun tidur pada tengah malam dan berjaga hingga pagi hari
hanya untuk melihat video tersebut. Dari video itu, dia menyaksikan ada
jawapan yang dicarinya.
"Aku ingin jawapan, aku tidak ingin seseorang memberitahu saya atas apa yang perlu dipercayai," kata dia.
Kesimpulan awal, dia perlu mempelajari Islam. Niat itu dijalankannya
dengan baik. Ia mengikuti kelas agama Islam di masjid. Di kelas itu, dia
banyak mendapat bimbingan tentang Islam. Tidak lama kemudian, dia
melafazkan dua kalimah syahadat. Subhaanallah...
detikislam
Tiada ulasan:
Catat Ulasan