Selasa, 23 Oktober 2012

Rempeyek Resipi Emak


Si Syawal peminat rempeyek no.1. Dek kerana dia ni cukup cerewet, hanya rempeyek air tangan neneknya saja yang digemari. Tapi...jumpa waktu raya sajalah. Kali ni pandai pulak dia mengusulkan Ummi belajar buat rempeyek dari nenek sementara nenek ada di SP. "Senang nanti Syawal nak makan....Ummi boleh buat sendiri"
 
 


1 peket tepung beras
6 sudu besar tepung ubi
20-25g ketumbar biji
1 camca besar jintan putih(halus)
1 camca kecil jintan manis (kasar)
1 cawan ikan bilis@udang kering ~ direndam dan kisar kering(tanpa air)
5OOml santan dari sebiji kelapa
2 butir telur
Garam
Kacang tanah [dijemur/goreng tanpa minyak sekejap]

Cara:
Ketumbar, jintan putih dan jintan manis dikisar bersama telur dengan menggunakan sedikit santan. [bukan air]
Tepung beras digaul bersama tepung ubi bersama garam.
Masukkan adunan yang diblend tadi ke dalam mangkuk tepung.
Masukkan ikan bilis@udang kering kisar.
Masukkan sedikit adunan ke dalam mangkuk lebih kecil, masukkan kacang tanah.
Dengan menggunakan sudip rata...gunakan kreativiti untuk membentuk rempeyek..




P/S Buat besar gedabak sebab nak cepat siap 
 bicaraneem.blogspot

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...