Jumaat, 19 Oktober 2012

Tahukah Anda Pohon Apakah Ini Yang Menjadi Saksi Cinta Rasulullah?


Inilah pohon yang memahami cinta buat Nabi  Muhammad S.A.W. Pohon yang diberkati.

Sedikit sejarah mengenainya:
  • Ketika Rasulullah صلى الله عليه وسلم keluar ke Syam bersama Maisarah -pekerja Sayyidatuna Khadijah ra- untuk berniaga, Baginda صلى الله عليه وسلم pernah berteduh di bawah pohon ini sebelum sampai ke sana.


  • Semasa Baginda صلى الله عليه وسلم berteduh di bawahnya, dahan dan ranting-ranting pohon ini bergerak menaungi Baginda صلى الله عليه وسلم daripada cahaya matahari.
  • Seorang paderi Kristian yang melihat kejadian ini datang bertemu Maisarah menunjukkan kepadanya pohon tempat teduhan Rasulullah صلى الله عليه وسلم itu dengan berkata: "Hanya seorang Nabi sahaja yang berteduh di bawah pohon ini."



Lihatlah sampai hari ini ia tetap subur walaupun berada di tengah² padang pasir yang kering kontang. Tiada tumbuhan hidup sepertinya. Allah menghidupkannya dengan kehendak-Nya jua, Allahu Allah.

Dan di dalam foto di atas juga, Habib Umar Benhafidz seorang daripada keturunan Rasulullah صلى الله عليه وسلم menziarahi pohon di mana Datuknya -Rasulullah صلى الله عليه وسلم- pernah berada di situ.
sumber: fattabiounimalaysia

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...