Khamis, 25 Oktober 2012

Kisah Pau dan Teh Tarik

 Kisah Pau dan Teh Tarik 
Abang, Adik lapar. Kesian si abang bila melihat si adik yang lapar. Sudah sehari dapur rumah mereka tidak berasap. Ayah dah lama meninggal. Si ibu pula tengah terbaring di bilik, demam panas. Ubatpun belum sempat dibelikan. Risau pula si Abang melihat adiknya yang berusia 5 tahun itu kelaparan.




Si Abangpun, baru berusia 12 tahun. Hendak bekerja, kerja apa yang dia boleh lakukan? Mengemis? Dia masih ada harga diri dan tidak mahu meminta-minta belas ehsan dan sumber rezeki yang tidak halal. Nekadkan diri, dia berjalan-jalan dari rumahnya di Seksyen 7 Shah Alam pagi itu, ke taman berdekatan rumahnya. Di situ, pagi-pagi ramai yang berjogging. Kot2 dia boleh dapatkan upah belikan breakfast bagi orang yang tengah jogging di situ.

Tiba-tiba matanya terhenti. Matanya tertumpu pada seorang pakcik yang sedang asyik berjogging. Namun gaya joggingnya agak kreatif, sambil berjogging, sambil menari-nari ala Gangnam Style sampai cuba mengorat awek-awek di sebelah (kita panggil saja pakcik tersebut Pakcik Goyang).

Entah macam mana, Pakcik goyang itu terperasan mata sugul yang sedang memerhatikannya.

Pakcik Goyang : Adik, kenapa adik nampak sedih? Pucat nampak adik? Dah makan blom?

Si Abang : Saya,saya…..(masih keliru untuk percayakan Pakcik tersebut yang nampak macam kacak tapi nampak gatal juga)

Pakcik Goyang : Jom adik, kita pi kedai makan. Pakcik belanja..

Entah macam mana, dia ikutkan saja…Sampai di sana, pakcik goyang tersebut belanja dia makan kuih pau dan teh tarik. Sedap dan berselera dia makan. Tiba-tiba, dia teringatkan adiknya.

Si Abang : Pakcik, kalau saya tapaukan untuk adik saya sekali boleh?

Pakcik Goyang : Boleh adik, adik ambilla apa yang adik nak…Abang belanja…

Si abang bungkuskan nasi lemak dan telur separuh masak untuk adik dan ibunya. Sungguh tidak disangka, di sebalik wajah pakcik tersebut yang nampak gatal dan gedik, ternyata baik budinya…..Berlinangan jatuh airmatanya.. Syukur, adiknya tidak kelaparan hari ini-
blogammar

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...