Gambar hiasan: Lelaki hanya pandai memasak jika terpaksa hehe.
1) Menurut kajian, 99.9% lelaki di Malaysia amat pandai masak kari. Tapi megi kari saja la.
2) Lelaki kadang-kadang memang suka memasak. Tapi masalah utama ialah mereka amat malas nak basuh periuk belanga serta pinggan mangkuk. Dan ini adalah persamaan antara hosmet aku yang dulu dan sekarang. Dalam sinki tu sentiasa ada pinggan dan gelas.
3) Apabila lelaki memasak umpama sedang bertukang umah, bukan main bising lagi.
4) Adalah kebiasaan lelaki memasak tanpa memakai baju.
Yang lebih seksi hanya memakai tuala. Yang lagi kurang bersih memasak
sambil menghisap rokok. Tapi yang paling kotor adalah masak sambil
mengesat hingus yang meleleh. Tapi yang ni kes terpencil la.
5) Menu utama masakan lelaki adalah telur goreng, sardin, telur goreng dan juga sardin. Tak ketinggalan jugak kicap masin. Yang rajin sikit masak megi dengan telur.
6) Jika seorang lelaki yang rajin memasak, anda akan dapati gas masakan akan cepat habis, kerana lelaki memasak selalunya guna api yg kuat. Cepat sikit masak. Kalau tak percaya, cuba tengok kat kedai mamak. Apinya bukan main lagi besar.
7) Keadaan dapur rumah orang lelaki yang bersepah sepah
adalah satu pemandangan biasa yang mempunyai nilai artistiknya yang
tersendiri. Kalau ada lumut dan lipas itu tandanya mesra alam.
8 ) Biasanya lelaki tidak akan merungut sekiranya masakan itu dimasak oleh seorang lelaki. Yang penting, asalkan kenyang.
Tapi kalau perempuan yang masak, komplen dia banyak sikit. Dulu aku
pernah komen masakan seorang perempuan, lama jugak dia merajuk. Sampai
meluahkan perasaan dalam blog wakaka.
9) Kalau lelaki
membeli pelbagai lauk dan memasak dengan bersungguh-sungguh, serta
dalam kuantiti yang banyak, itu maknanya dia nak bagi kat makwe. Tak pun dalam proses nak mengorat.
melayukini.net
hahaa.... suami saya memang sangat suka & pandai memasak. tapi fakta di atas mungkin sesuai utk suami2 & boipren2 org lain sebab.... tak de 1 pun fakta di atas yg terkena pada suami saya. selalu saya balik rumah lauk dah siap masak, dapur bersih, langsung tak de periuk kuali yg belum basuh. kalau masak sama2 suami yg kontrol api saya, jangan bukak api besar sangat, membazir gas, katanya. lagi satu kalau dia memasak atau membasuh sangatlah aman, anak saya pun tak terganggu langsung nak tido sampaikan kadang2 dengan mak2 nye sekali tertido.
BalasPadamtapi jangan salah faham pulak. bukan saya queen control sampai suami masak hari2, saya tak pernah suruh pun tapi dia sendiri yg rela hati nak masak. kesiankan wife dia agaknye hari2 pegi balik keje naik bas sambil mendokong anak nak anta ke taska opis. walaupun saya tak pernah suruh tapi saya memang suka makan masakan dia sebab masakan dia meeeeeemang sedap....