Kaitan Gunung Emas Sungai Eufrat Dengan Hari Kiamat.
RASULLAH SAW bersabda yang bermaksud: Hari Kiamat tidak akan terjadi sebelum Sungai Eufrat mengering dan menyingkapkan gunung emas Sungai Eufrat
yang mendorong manusia berperang. Sebanyak 99 daripada 100 orang akan
terbunuh (dalam pertempuran) dan setiap daripada mereka berkata, Mungkin
aku satu-satunya yang akan tetap hidup. (riwayat Bukhari).
Dalam riwayat
lainnya, Rasulullah bersabda bermaksud: Sudah dekat suatu masa di mana
Sungai Eufrat akan menjadi surut airnya lalu ternampak perbendaharaan
daripada emas, maka barang siapa yang hadir di situ janganlah ia
mengambil sesuatu pun daripada harta itu. (riwayat Bukhari dan Muslim).
Imam Bukhari juga meriwayatkan hadis
lainnya, bahawa Rasulullah SAW bersabda bermaksud: Segera Sungai Eufrat
memperlihatkan kekayaan (gunung emas), maka siapa pun yang berada pada
waktu itu tidak akan dapat mengambil apa pun daripadanya.
Imam Abu Daud juga meriwayatkan hadis yang sama maksudnya.
Dalam hadis itu Rasulullah pernah bersabda bahawa sungai yang mengalir di tiga negara besar iaitu Turki, Syria, dan Iraq itu pada saatnya nanti akan menyingkapkan harta karun yang besar berupa gunung emas. Selain itu, dalam kitab Al-Burham fi Alamat al-Mahdi Akhir az-Zaman, diungkapkan bahawa keringnya Sungai Eufrat merupakan saat datangnya al-Mahadi sebagai nabi akhir zaman.
Dalam hadis itu Rasulullah pernah bersabda bahawa sungai yang mengalir di tiga negara besar iaitu Turki, Syria, dan Iraq itu pada saatnya nanti akan menyingkapkan harta karun yang besar berupa gunung emas. Selain itu, dalam kitab Al-Burham fi Alamat al-Mahdi Akhir az-Zaman, diungkapkan bahawa keringnya Sungai Eufrat merupakan saat datangnya al-Mahadi sebagai nabi akhir zaman.
Hadis di atas membicarakan tentang
Sungai Eufrat. Dalam bahasa Arab dikenali dengan nama al-Furat atau air
paling segar. Menurur Dr. Syauqi Abu Khalil dalam Atlas al-Hadis
an-Nabawi, menyatakan Eufrat adalah sungai yang mengalir dari timur laut
Turki.
“Sungai itu membelah pergunungan Toros, lslu melewati Syria di kota Jarablus, melewati Iraq di kota al-Bukmal dan bertemu Sungai Tigris di al-Qurnah yang bermuara di Teluk Arab,” ujar Dr. Syauqi.
Kata beliau lagi, panjang sungai itu
mencapai 2,375 kilometer. Dua anak sungainya iaitu, al-Balikh dan
al-Khabur sudah mengering airnya.
Pada masa Nabi Muhammad meramal masa depan Sungai Eufrat melalui sabdanya, Wilayah Sunur di daerah Mediterranean itu masih dikuasai oleh dua kekuatan besar iaitu Parsi dan Byzantine. Sungai Eufrat adalah garis batas sempadan alam dari dua kerajaan tersebut.
Selain berada di kawasan Syria dan Iran,
kekuasaan Parsi ternyata juga mencakupi daerah Yaman hingga daerah di
sekitar Laut Merah. Sedangkan Byzantine mencakupi sebahagian Syria
(bahagian utara) dan Turki hingga ke Eropah.
Seiring perkembangan zaman, dengan
kebangkitan Islam dan bersatunya daerah-daerah di Arab, dua kekuasaan
besar itu mahu tidak mahu menjadi terpengaruh. Islam menjadi kekuatan
baharu dan mulai menunjukkan taringnya pada masa khalifah Abu Bakar.
Lonjakan pun mulai terjadi. Parsi
mahupun Byzantine tidak dapat lagi menganggap mudah kekuatan negara
Islam. Maharaja Parsi sempat mengirimkan pasukan untuk menyerang
Madinah. Byzantine juga menyerang kawasan utara kekuasaan negara Islam
yang mengakibatkan terbunuhnya panglima Muslim, Zaid bin Harith.
faktafaktamenarik.com
Tiada ulasan:
Catat Ulasan