Dam Ular adalah permainan yang
diperkenalkan dan dimain oleh orang-orang India sejak dahulu kala. Di
India, Dam Ular popular dengan nama MOKSHA PATAMU yang diberikan oleh
Guru Spiritual Hindu. Permainan ini disebut “Leela” dan mencerminkan
kehidupan Hindu di mengharungi kehidupan sehari-hari.
Nama lainnya adalah “Tangga Keselamatan”
yang telah dibawa ke Victoria Inggris di mana versi baru telah dibuat
dan diperkenalkan oleh John Jacques di tahun 1892. Selepas itu, Dam Ular
dibawa ke Amerika oleh seorang pembuat mainan bernama Milton Bradley di
tahun 1943 dan telah diberi nama “Snakes n Ladder” yang bermaksud
“Tangga Ular”.
Moksha Patam dikaitkan dengan Falsafah
Tradisional Hindu bererti: “Karma dan Kama” atau yang bermaksud dengan
“Takdir dan Keinginan”. Permainan ini juga berkaitankan dengan
Pembelajaran Kesan dari Perbuatan Baik Melawan Perbuatan Buruk. Tangga
mewakili kebaikan seperti kemurahan hati , iman , dan kerendahan hati
(diri). Ular mewakili keburukan dan kejahatan seperti nafsu, kemarahan,
pembunuhan, dan kecurian.
Moral pengajaran daripada permainan ini
adalah Moksh, seseorang dapat mencapai keselamatan melalui berbuat baik.
Sementara itu, dengan melakukan sesuatu yang jahat akan mengalami
kelahiran semula ke bentuk kehidupan yang rendah.
Jumlah tangga kurang daripada jumlah
ular sebagai peringatam bahawa jalan ke arah kebaikan adalah jauh lebih
sukar daripada berbanding dengan jalan dosa. Biasanya angka “100″
diwakili Moksha (keselamatan).
Di Andhra Pradesh, Dam Ular dimainkan dalam nama Vaikuntapali.
kredit: carigold.com
Tiada ulasan:
Catat Ulasan