Rabu, 17 Oktober 2012

10 Sebab Kenapa Susah Untuk Kuruskan Badan

Adakah anda percaya ianya mudah untuk kuruskan badan? Jika anda tengok atau dengar iklan untuk kuruskan badan, anda diberitahu berulang kali betapa mudahnya untuk kuruskan badan – hanya ambil pil ini, ikut diet ini atau beli peralatan dan semuanya akan lenyap dalam masa sekelip mata. Berdasarkan senario ini, adakah menguruskan badan begitu mudah?
 
 
 
Idea di sebalik kuruskan badan adalah mudah – bakar lebih banyak kalori daripada apa yang anda makan. Ini boleh dicapai dengan menggantikan minuman berkarbonat dengan air dan tambah tempoh berjalan selama 20 minit setiap hari. Kedengaran mudah … ia memang mudah . Jika ia semudah itu, mengapa kita seolah-olah tidak dapat melakukannya?
 
Jika anda tidak bersedia untuk membuat beberapa perubahan, sangatlah susah untuk kuruskan badan. Berikut adalah 10 perkara yang anda perlu fikirkan untuk meletakkan diri anda di landasan yang sihat.
 
1. Sikap Anda. Jika anda berdiet dan bersenam hanya untuk kuruskan badan atau untuk mendapat bentuk badan tertentu, sangatlah sukar untuk kuruskan badan secara kekal. Mengapa? Kerana, apa yang akan berlaku jika anda tidak mendapat hasil dengan cepat? Ya, anda akan berputus asa. Ia mengambil masa untuk kuruskan badan – bagaimana anda akan memberi motivasi kepada diri anda di dalam tempoh tersebut? Cari lebih banyak sebab untuk menjadi sihat seperti ingin untuk hidup lebih lama demi anak-anak.
 
2. Senaman Anda. Jika anda tidak melakukan senaman secara konsisten, sukar untuk anda kuruskan badan. Ya, ia tidak mustahil untuk kuruskan badan melalui diet semata-mata, tetapi kemungkinan besar penurunan berat badan akan mendatar. Anda tidak perlu menghabiskan berjam-jam di gim, anda hanya perlu menetapkan jadual senaman yang munasabah, yang boleh diikuti setiap minggu.
 
3. Permakanan Anda. Ubah cara makan adalah satu lagi perkara yang anda perlu lakukan untuk kuruskan badan secara kekal. Anda perlu bersedia untuk menukar makanan yang tidak menyihatkan kepada yang menyihatkan — setiap hari.
 
4. Gaya Hidup Anda. Jika anda ingin hidup yang sihat, anda perlu bersedia untuk mengubah bagaimana anda hidup. Ia tidak bermakna mengubah segala-galanya dalam sekelip mata, tetapi hanya terbuka kepada cara baru melakukan sesuatu. Beberapa perkara yang anda mungkin perlu ubah untuk kehidupan yang sihat termasuk rutin harian, masa di depan TV atau komputer, pantri anda, dan jadual anda. Jika anda tidak sanggup untuk duduk merancang dan menukar cara hidup anda, adalah sukar untuk kuruskan badan.
 
5. Persekitaran Anda. Kadang-kadang anda tidak boleh mengawal perkara di sekeliling anda. Di tempat kerja, anda mungkin dikelilingi oleh godaan – nasi lemak, mamak dan sebagainya. Itulah salah satu perkara yang anda perlu tangani … tetapi bagaimana pula dengan rumah anda? Kelilingi diri anda dengan perkara-perkara yang akan menyokong anda dalam usaha anda untuk kuruskan badan.
 
6. Sistem Sokongan Anda. Walaupun mengambil tindakan untuk kuruskan badan adalah sesuatu yang perlu anda lakukan sendiri, ia adalah sangat membantu jika anda mempunyai sistem sokongan. Sekurang-kurangnya, ahli keluarga yang memahami apa yang anda lakukan dan sama ada bersedia untuk menyertai atau membantu. Rakan senaman juga adalah satu idea yang sangat baik untuk sistem sokongan.
 
7. Kesihatan Rohani dan Mental. Jika anda mempunyai sebab lain untuk berat badan berlebihan — gunakan makanan untuk mengubati hati yang luka, kemurungan atau masalah-masalah lain, sukar untuk anda kuruskan badan. Kaunselor boleh membantu anda mengatasi masalah ini, atau berusaha sendiri untuk mendapatkan cara-cara mengatasinya seperti dengan membaca buku atau artikel mengenai makan kerana emosi.
 
8. Matlamat Anda. Jika anda menetapkan matlamat yang mustahil, anda dijamin akan gagal. Susah untuk kuruskan badan jika anda merasa anda selalu gagal mencapainya. Jika itulah pengalaman anda dalam usaha untuk kuruskan badan, tidak hairanlah anda selalu berhenti. Kuncinya adalah menetapkan matlamat yang munasabah. Adalah lebih baik anda menetapkan matlamat jangka panjang dan kemudian menumpukan perhatian anda terhadap matlamat harian atau mingguan. Matlamat mingguan anda mungkin untuk melakukan 3 latihan kardio, sekurang-kurangnya. Pilih perkara yang anda tahu anda boleh capai agar anda sentiasa berjaya. Ia boleh sekecil mana yang anda suka, asalkan ia dapat dicapai.
 
9. Fleksibiliti Anda. Anda mendengar banyak perkara mengenai perubahan gaya hidup, tetapi ia adalah pilihan yang benar-benar menguji anda. Apakah yang akan berlaku jika anda perlu bekerja lewat dan anda tidak sempat ke gim? Atau apakah jika anda terperangkap dalam kesesakan trafik dan ketinggalan kelas kecergasan anda? Sering orang tidak lakukan senaman kerana berlaku sesuatu dan mereka tidak bersedia untuknya atau mereka tidak bersedia untuk memberikan diri mereka pilihan lain — tak boleh lakukan 45 minit? Mengapa tidak hanya lakukan 10? Sesuatu adalah sentiasa lebih baik daripada tiada apa-apa.
 
10. Kesediaan Anda Untuk Gagal. Setiap hari tidak semestinya hari yang sempurna untuk anda. Hakikatnya semua orang, walaupun seorang yang sentiasa inginkan kesempurnaan, akan mempunyai hari baik dan hari yang buruk. Rahsianya adalah jangan sekali-kali berputus asa, walaupun anda yang gagalkannya. Anda bukan seorang yang kalah hanya kerana anda membuat beberapa kesilapan … anda hanya seorang yang mencuba sedaya upaya untuk membuat keputusan yang baik.
 azimaris.blogspot.com
 

1 ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...