Ayahnya bernama Hizam
atau Hazm, adalah putera kepada Khuwaylid. Oleh kerananya, Hakim tidak
lain merupakan anak saudara Khadijah, isteri Rasulullah, sebab Khadijah
adalah puteri Khuwaylid. Kelahiran Hakim bermula ketika berlangsungnya
perayaan di Makkah. Si ibu tua yang sedang sarat mengandung, bersama
beberapa wanita, lantas masuk ke dalam Kaabah untuk berdoa. Akan tetapi,
secara tiba-tiba, perut si ibu mendadak sakit dan merasa hendak
melahirkan bayinya. Dia tidak kuat lagi untuk bergerak dan terpaksa
dibaringkan di dalam Kaabah. Sesudah dipersiapkan persalinannya, tak
lama kemudian seorang bayi telah lahir ke dunia kemudian diberi nama
Hakim.
Kaya dari kecil
Hakim dibesarkan di
keluarga berada. Beliau pun benar-benar menikmati statusnya sebagai anak
dari keluarga disegani di Makkah. Meskipun demikian, orang tua Hakim
tidak serta merta memanjakannya, bahkan dia diberi tanggungjawab untuk
melaksanakan Rifadah, yakni membantu siapa saja yang memerlukankan
pertolongan, terutama pada musim Haji. Hakim pun benar-benar
melaksanakan amanah itu dengan penuh keikhlasan bahkan beliau selalu
membantu para jamaah haji menggunakan wangnya sendiri.
Hakim pun bersahabat
erat dengan Muhammad buat sekian lama sebelum Muhammad diangkat menjadi
Rasul lagi. Kendati usianya lima tahun lebih tua dari Rasulullah, namun
hal tersebut tidak menghalang hubungan diantara keduanya. Mereka kerap
berbincang serta menikmati kebersamaan sebagai sahabat. Hubungan setia
kawan bersama Rasulullah dan Hakim menjadi kian erat lebih-lebih lagi
apabila baginda Rasul menikahi ibu saudaranya, Khadijah binti Khuwaylid.
Patut dicatat, meskipun
Hakim sudah lama bersahabat dengan Rasul, tetapi Hakim tidak memeluk
agama Islam hingga peristiwa penaklukan Makkah. Itu bererti lebih
daripada 20 tahun setelah Islam didakwahkan secara terang-terangan oleh
Nabi Muhammad. Terhadap hal itu, Hakim sendiri merasa menyesal dengan
apa yang sudah dilakukannya sebelum memeluk agama Islam. Ketika pertama
kali mengucap dua kalimah syahadat, dia benar-benar amat bersalah serta
menyesali setiap detik dalam hidupnya sebagai seorang musyrik dan
menolak kebenaran dari Allah dan Rasul-Nya.
Sehari setelah dia masuk
Islam, salah seorang dari anaknya melihat Hakim menangis. Maka
bertanyalah si anak, "Mengapa ayah menangis?" Hakim menjawab sambil
tersedu, "Banyak hal yang membuatku menangis, anakku. Yang terutama
adalah begitu lamanya waktu bagi aku untuk memeluk Islam. Padahal,
dengan menerima ajaran Islam banyak kesempatan dapat diraih untuk
melaksanakan kebaikan, namun itulah yang nyatanya telah aku lewatkan.
Hidupku tersia-sia ketika terjadi perang Badar dan perang Uhud.
Setelah Uhud, aku
berkata pada diri sendiri, bahawa aku tidak akan lagi membantu kaum
kafir Quraisy melawan Muhammad, dan aku tidak ingin meninggalkan Makkah.
Saat aku merasa ingin menerima Islam, aku segera berpaling dan melihat
orang-orang di sekelilingku yang kebanyakan kaum kafir Quraisy, untuk
kemudian bergabung kembali dengan mereka. Oh andai aku tidak berlaku
seperti itu. Tidak ada yang dapat menghancurkan kita selain ketaatan
buta kita terhadap nenak moyang. Jadi, kenapa aku tidak menangis,
anakku?"
Nabi Muhammad memang
terkejut manakala seorang yang rendah hati dan berpengetahuan seperti
Hakim, tidak memeluk Islam. Untuk waktu lama, Rasul sangat berharap
bahawa Hakim serta orang-orang yang sepertinya, dapat terbuka mata hati
serta menerima kebenaran Islam. Malam sebelum penaklukan Makkah,
Rasulullah berkata kepada para sahabat, "Ada empat orang di Makkah yang
aku ingin agar mereka bersedia memeluk agama Islam." Sahabat lantas
bertanya, "Siapa saja mereka itu Ya Rasul?" "Mereka antara lain Attab
bin Usayd, Jubayr bin Mutim, Hakim bin Hazm dan Suhayl bin Amr," jawab
Rasul. "Dengan redha Allah, mereka akan menjadi Muslim."
Ketika pasukan Islam
masuk ke kota Makkah dan membebaskan kota itu dari pengaruh jahiliyah,
ia lantas berseru, "Siapa sahaja yang bersedia mengakui tiada tuhan
selain Allah dan Muhammad adalah utusan Allah, maka dia akan selamat.
Siapa sahaja yang berlindung di Kaabah serta meletakkan senjatanya, dia
juga akan selamat. Siapa sahaja yang masuk dan berlindung di rumah Abu
Sufyan, dia selamat. Dan siapa sahaja yang masuk dan berlindung di rumah
Hakim ibn Hazm, dia selamat."
Tidak berapa lama
kemudian, Hakim pun bersegera memeluk Islam dengan sepenuh hati. Dia
lantas bertekad untuk menebus segala dosa yang pernah dia perbuat semasa
hari-hari jahiliyahnya serta apapun yang pernah dia lakukan untuk
menentang Rasulullah. Dia ingin menebusnya demi kemuliaan Islam.
Rajin menderma
Pada masa itu, Hakim
merupakan pemilik sebuah bangunan bersejarah di Makkah bernama Dar
an-Nadwah. Di tempat itu, biasanya para pemuka Quraisy berkumpul dan
berdiskusi tentang banyak hal. Mereka pun banyak membuat rencana jahat
terhadap Nabi Muhammad di sana. Hakim memutuskan untuk menjual bangunan
itu, demi menghapuskan kenangan masa silamnya yang sudah berlalu.
Dijualnya bangunan tersebut dengan harga 100 ribu dirham. Seorang dari
keturunannya pun bertanya, "Anda telah menjual bangunan berharga itu
kepada orang Quraisy, pakcik?"
Dengan sabar Hakim
menjawab, "Kebanggaan dan kejayaan semua kini telah hilang dan berganti
nilai taqwa. Aku hanya menjual sebuah bangunan namun hidangan harapan
dapat menggantinya nanti di syurga. Dan aku berjanji akan mendermakan
seluruh hasil dari penjualan ini di jalan Allah."
Bukan hanya itu saja.
Saat melaksanakan ibadah Haji, dia menyembelih sekitar 100 ekor unta
serta membahagi-bahagikan dagingnya kepada kaum fakir miskin di Makkah.
Demikian pula ketika di padang Arafah, bersamanya ada seramai 100 orang
hamba, dan setelah memberikan masing-masing segenggam perak, para hamba
itu pun dibebaskannya.
Hakim memang amat
dermawan dan di saat yang sama dia selalu ingin mendapatkan lebih.
Setelah peristiwa perang Hunain, beliau meminta sejumlah pampasan perang
kepada Rasul. Dia kemudian meminta lebih dan Rasul kembali
memberikannya. Hakim ketika itu masih belum lama memeluk Islam akan
tetapi Rasul amat pemurah kepada mereka yang baru memeluk Islam agar
mereka bersedia menerima Islam sepenuhnya. Hakim pun mendapat harta
rampasan perang dalam jumlah yang cukup banyak.
Maka Rasul pun berkata
kepada Hakim, "Wahai Hakim! Segala harta benda ini amatlah menarik.
Sesiapa sahaja yang memilikinya dan merasa puas dengannya akan diberkahi
sebaliknya siapa yang merasa tidak puas, tidak akan diberkahi. Dia akan
seperti orang makan namun tidak pernah merasa kenyang. Tangan di atas
lebih baik dari tangan yang di bawah."
Penyataan baginda Rasul
ini sangat menyentuh hatinya. Dia merasa amat tersentuh dan lantas
berkata kepada Rasul,"Ya utusan Allah, aku tidak akan meminta kepada
siapa pun selain kamu untuk apa pun." Sejarah mencatat, Hakim
benar-benar menepati ucapannya. Sahabat Rasul ini tidak pernah meminta
apapun juga kepada orang lain hingga dia meninggal dunia.
detikislam
Tiada ulasan:
Catat Ulasan