Seorang ahli perniagaan, Ramdoni mengubah suai bilik pameran kereta
miliknya menjadi tempat jualan sejumlah lembu untuk dikorbankan pada
sambutan Hari Raya Aidiladha di sini.
Dia turut menggaji beberapa wanita yang memakai pakaian koboi untuk menjadi jurujual lembu dan melayan pelanggan-pelanggannya.
Jurujual wanita itu turut membawa komputer tablet yang mengandungi
maklumat tentang lembu seperti umur, berat badan dan baka haiwan
tersebut.Para pembeli juga boleh membeli lembu itu dengan menggunakan kad kredit dan debit.[kosmo]
Tiada ulasan:
Catat Ulasan