Selasa, 22 Oktober 2013

Nokia Lumia 1520 – Telefon Windows Phone Dengan Skrin 6-inci 1080p

Hari ini, pihak Nokia mengambil pentas utama di Nokia World dan telah pun mengumumkan telefon pintar terbaru mereka, dinamakan sebagai Nokia Lumia 1520 yang mana merupakan phablet pertama daripada mereka.

Nokia Lumia 1520 



Dari segi spesifikasi, Nokia Lumia 1520 membawakan cip pemprosesan empat-teras Snapdragon 800 dan juga kamera belakang 20-megapixel PureView. Walaubagaimanapun, sokongan zoom pada Lumia 1520 hanya terhad kepada 2x sahaja, jikalau dibandingkan dengan Lumia 1020. Selain itu, telefon pintar bersaiz 6-inci ini juga turut hadir dengan Windows Phone 8 Update 3 bersama-sama dengannya.

Sokongan lain termasuk kebolehan rakaman stereo audio, ruangan mikro-SD, serta beberapa aplikasi khas seperti Instagram dan juga Vine.
 amanz.my

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...