Selasa, 8 Oktober 2013

Resepi ~ KUIH KOSUI/KASWI (Asli)

Resepi kuih kosui ini adalah resepi asli dan tidak menggunakan gula pasir dan bahan-bahan asing seperti kicap dan serbuk koko.
Bahan-bahannya:
 



(A)
1. Tepung gandum ~ 1 setengah cawan
2. Tepung jagung/sagu ~ Setengah cawan
3. Gula merah ~ 2 cawan
4. Garam halus ~ Suku camca kecil
5. Air ~ 4 cawan
6. Kapur makan (bancuh dengan sedikit air) ~ Suku camca teh
(B)
1. Garam halus ~ Secukupnya
2. Kelapa parut (putih sahaja) untuk hiasan

Cara membuatnya:
1- Campurkan kesemua bahan (A) ke dalam bekas kecuali air dan kapur.
2- Tuang air sedikit demi sedikit sambil kacau perlahan-lahan hingga sebati dengan pemukul telur. Masukkan air kapur, kacau lagi.
3- Tapiskan bancuhan tadi ke dalam jug plastik supaya mudah untuk dituang ke dalam acuan.
4- Tuang bancuhan ke dalam acuan kecil yang telah disapukan sedikit minyak.
5- Kukus selama 15-20 minit. Sebaik sahaja dikeluarkan dari pengukus, segera tuangkan lebihan air dari atas kuih sekiranya ada.
6- Sejukkan sebelum dikeluarkan dari acuan.
7- Hidangkan bersama bahan (B) (yang telah digaul rata) mengikut cara anda.


Jumlah hidangan:
Lebih kurang 38 biji

Nota:
- Sekiranya anda menggunakan loyang (7 inci), kukus selama 30-45 minit.
- Jika anda tidak suka manis boleh kurangkan sedikit sukatan gula merah.
- Anda boleh juga mencairkan dahulu gula merah dengan 1 cawan air di atas api (tak perlu sampai mendidih) dan kemudian biarkan suam sedikit dan ditapis sebelum dicampurkan ke dalam adunan lain. Tetapi kurangkan sukatan air yang asal kepada 3 setengah cawan.
- Warna kuih juga bergantung kepada jenis dan jenama gula merah yang anda guna.
 
http://ziemahmud.blogspot.com

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...