Jika ketika ini anda sedang di lamun cinta pastikan ianya bukan cinta
palsu atau cinta yang dibuat-buat. Terdapat 4 tanda-tanda yang harus
anda perhalusi sebelum menghulurkan sebagai ikatan untuk fasa yang
seterusnya.
4 Tanda-tanda tersebut seperti berikut:-
1. Sering mengungkapkan "Aku hanya ingin bersamamu sampai akhir hayatku"
sedangkan disaat tersebut si dia jauh dari depan mata anda. Anda harus
berwaspada kerana apa sahaja boleh berlaku tatkala si dia tiada di
samping anda mungkin akan ada beberapa perkara yang telah atau sedang
berlaku iaitu mungkin ketika si dia melafazkan kata-kata tersebut si dia
sedang bermadu asmara dengan kekasih hati yang lain. Ianya bertujuan
supaya anda tidak mengganggunya.
2.Janji Tidak Ditunaikan
Jika berlaku seperti kata orang " buat janji untuk berjumpa tetapi last
minute asyik cancel" ini bererti si dia belum pasti kedudukan anda yang
sebenarnya.
3. Kuat berangan-angan
Si dia sering berangan-angan untuk memiliki anda, sekali dengar memang
amat membahagiakan tetapi apabila anda sering mendengarnya malah setiap
kali berjumpa angan-angan tersebut tetap juga disitu tanpa ada apa-apa
perubahan. Ini bermakna anda hanya tempat untuk si dia mempermainkan
perasaannya.
4.Tidak fokus
Perwatakannya agak malu-malu untuk menunjukkan kasih sayang kepada anda
seperti teragak-agak untuk meminpin tangan anda kerana si dia takut
perbuatannya akan di lihat oleh orang lain.
http://noveltulisanku.blogspot.com
Tiada ulasan:
Catat Ulasan