Kalau anda jenis gayat melampau, mungkin gambar-gambar ini akan
menimbulkan rasa seriau pada diri anda. Set gambar ini memaparkan gunung
Hua Shan yang terletak di China. Di bahagian dasar, anda akan menemui
satu tangga batu gergasi yang dipanggil “Tangga Suci”. Tangga ini dibina
sehingga jauh ke atas, anda tidak akan dapat memastikan apa yang berada
di puncak gunung. Namun sebenarnya, tangga itu menuju kepada tebing
kayu yang paling berbahaya di dunia.
Tiada siapa yang akan memaksa anda mengenakan gear keselamatan jika
anda mahu berjalan di atasnya, namun ia adalah sesuatu yang digalakkan.
Tebing ini mengagumkan dan menakutkan, namun apa yang berada di puncak gunung, pasti akan mengejutkan anda.
Tangga ini indah, tapi menimbulkan rasa seriau.
Tapi tangga ini mudah saja untuk dilepas, berbanding apa yang menunggu selepas itu.
Lagi 17 gambar dengan membaca entri ini sepenuhnya.
Sebenarnya, orang ramai mendaki gunung ini untuk ke sebuah tempat di puncaknya.
Apabila mendaki, anda akan berjalan melintas beberapa buah kampung dan rumah.
Apabila sampai kepada satu paras, anda boleh menggunakan gondola untuk pergi lebih ke atas.
Di sini ialah di mana cabaran sebenar bermula, kerana anda perlu berjalan di atas tebing kayu ini.
Hampir tidak ada apa-apa yang akan menghalang anda jatuh dari tebing ini ke dasar gunung.
Malah ada bahagian di mana anda perlu memanjat, menggunakan lubang yang dibuat menggunakan kaki dan tangan anda.
Apa macam, gayat tak? Tengok gambar pun rasa berpeluh tapak tangan.
Semua kesusahan dan adrenalin ini, ialah untuk apa yang ada di puncak gunung. Tunggu, apa yang ada di sana?
Sebenarnya, apa yang ada di puncak ialah kedai teh.
Ramai yang sanggup mempertaruhkan nyawa mereka mendaki gunung Hua
Shan hanya untuk menikmati secangkir teh panas di puncaknya. Anda perlu
benar-benar menjadi seorang penggemar teh jika sanggup mendaki gunung
ini, atau anda memang gemar mendaki tempat-tempat tinggi.
Ada bran?
Sumber: Reddit.com/amazingnara
Tiada ulasan:
Catat Ulasan