KLIA2, terminal khas terbesar di dunia bagi penerbangan kos rendah (LCC)
dengan kapasiti untuk menampung hingga 45 juta penumpang setahun,
memulakan operasinya pada 2 Mei.

Fakta ringkas tentang KLIA2:
- Terletak 2 km dari terminal utama KLIA. Terminal ini secara rasminya telah dinamakan sebagai KLIA2
- Terminal baru ini adalah 60 peratus lebih besar daripada saiz asal LCCT iaitu 150,000 meter persegi kepada 242,00 meter persegi.
- Ia didesain berkonsepkan 'lapangan terbang di dalam kompleks membeli-belah', menjadikan ia lapangan terbang terbesar didunia yang mempunyai retail lots (sekitar 60% dari luas keseluruhan diperuntukkan untuk retail lots).
- Panggung wayang dalam proses pembinaan, menjadikan ia airport pertama di Malaysia yang mempunyai panggung wayang.
- Saiz LCCT sedia ada hanya 60,000 meter persegi bagi menampung keperluan 15 juta penumpang
- Terminal KLIA2 ini memperuntukkan sebanyak 68 pintu bagi pengendalian 30-45 juta penumpang setahun berbanding standard industri 55 pintu.
- Ia juga turut mempunyai menara kawalan tertinggi di dunia mengatasai rekod sebelum ini oleh Bangkok Suvarnabhumi Airport di Thailand.
- Bagi keperluan keselamatan, kerajaan turut memperuntukan keperluan balai berlepas dan ketibaan bagi penumpang antarabangsa dan domestik berasingan. Terminal itu turut menyediakan 6,000 kawasan meletak kereta.
- Dianggarkan menelan kos sebanyak RM 4 bilion.
Lagi gambar-gambar menarik:






























Tiada ulasan:
Catat Ulasan