Sabtu, 14 Januari 2012

Rosak Amalan kerana Ingin Dipuji

Dalam sirah Nabi Muhammad saw menerusi kisah kematian Qazman seorang yang menyamar sebagai muslim berjuang bersama-sama para sahabat. Sedangkan hatinya menyertai para sahabat hanyalah bertujuan mendapatkan jolokan pejuang berjiwa bangsa arab untuk menjaga kepentingan Yathrib. Penyertaannya hanyalah untuk dipuju orang. Akhirnya beliau telah berjaya membunuh ramai musuh yang menyerang Madinah.

Walau abagaimanapun, Nabi Muhammad saw agak keberatan menyebut kematiannya sebagai sorang Syuhada. Akhirnya Nabi Muhammad saw dengan tegas mengatakan dia mati sebagai seorang kafir yang tidak diterima usahanya sedikit pun di sisi Allah swt. Kenyataan Nabi Muhammad saw ini disokong oleh seorang sahabat yang menyaksikan bahawa Qazman telah membunuh dirinya sendiri dengan pedang yang dimilikinya kerana kesakitan daripada luka yang dialaminya dalam peperangan Uhud ini.
Ini amat berbeza sekali dengan seorang prajurit islam dalam kalangan sahabat yang bernama Usayrim ra yang memeluk islam agak lambat. Walau bagaimanapun beliau telah menjejaki syurga dengan ketelusanya beriman kepada Allah swt dan RasulNya. Nabi Muhammad saw pernah bersabda yang bermaksud “Usayrim ialah ahli syurga walaupun tempoh keislamanya amat pendek dan beliau belum pernah solat walaupun satu rakaat”

Kedua-dua personality ini berbeza kerana Qazman adalah suatu gambaran manusia yang menderita seperti pengembara yang mengharapkan kewujudan air ditempat yang amat payah menemuinya, sedangkan Usayrim ra ialah seorang bertaraf sahabat yang menyahut panggilan fitrah dalam dirinya, lantas menyertai Nabi Muhammad saw walaupun belum sempat berbuat apa-apa amalan walaupun solat.

ibnshukri

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...