Ramai diantara kita yang merasa bosan dengan binatang kecil bernama
lalat ini. Lebih-lebih lagi dengan kitaran hidupnya yang terkesan
tatapan dan juga gerakannya yang lincah apabila anda hendak memukulnya.
Pastinya akan membuat anda akan semakin bosan dan hamun bukan?. Namun
pernahkah anda merasa ingin tahu dan ingin mengetahui alasan mengapa
lalat susah dipukul atau ditangkap?
Seorang saintis bernama Dickinson mengaku telah mempunyai jawapan atas
soalan tersebut. Ia mengatakan bahawa sekarang ia telah mempunyai
jawapannya. Dickinson yang juga melakukan kajian bersama Esther M dan
Abe M Zarem mendedahkan bahawa ia telah menemui rahsia tersebut setelah
melakukan beberapa pengintipan dengan cara merakam manuver atau gerakan
sejumlah lalat yang hendak dipukul dengan menggunakan kamera digital
canggih yang boleh merakam benda kecil dan mikroskopik dengan kelajuan
dan resolusi tinggi.
Penyelidikan yang mereka hasilkan mendapati bahawa lalat dapat mengenali
ancaman dengan cepat berdasarkan lokasi ancaman. Otaknya akan langsung
akan mengkalkulasi dengan cepat seberapa jauh ancaman terhadap dirinya
sebelum memutuskan untuk mengepakkan sayap dan terbang. Setelah ia
meramalkan arah ancaman, kemudian kakinya bertumpu untuk terbang ke arah
yang berlawanan. Semua persiapannya untuk segera meloloskan diri boleh
dilakukan serangga ini dengan sangat cepat, iaitu hanya memerlukan masa
100 milisaat (1/100 dari 1 detik) selepas ia mengesan adanya ancaman
bahaya.
"Perkara tersebut amat luar biasa kerana membuktikan begitu cepatnya
otak lalat untuk dapat memproses maklumat deria yang kemudian menjadi
respons gerakan yang hampir menyerupai gerakan refleks," ujar Dickinson.
Bahkan, lalat mampu menetapkan postur tubuhnya sesuai besar ancaman.
Perkara ini menjelaskan bahawa lalat telah mengintegrasikan dengan
sangat baik antara maklumat visual yang diterima dari mata dan maklumat
metasensorik di kakinya. Penemuan ini memberi petunjuk lebih dalam
mengenai sistem saraf lalat dan membuktikan bahawa di otak seekor lalat
terdapat suatu sistem pemetaan posisi ancaman yang sangat kompleks dan
berlangsung sangat cepat.
"Ini adalah sebuah bentuk transformasi rangsangan yang kemudian menjadi
gerakan yang kompleks dan kajian kami selanjutnya adalah berusaha untuk
mencari bahagian otak yang menguruskannya," ujarnya.
Berdasarkan hasil penyelidikan yang dijalankan tersebut, Dickinson juga
memberikan tips mudah untuk memukul KO haiwan ini. Ia menyarankan bahawa
saat yang paling berkesan untuk memukul lalat adalah bukan pada saat
kedudukannya siap terbang. Perkara tersebut kerana masa yang diperlukan
oleh gerakan tangan sewaktu terangkat hingga saat gerakan memukul
tentunya memerlukan waktu yang relatif lama dan lebih dari 100 milisaat
dan biasanya sungguh sukar bagi manusia untuk dapat melakukan pukulan
yang tepat dengan waktu 1/100 saat.
Sumber Drp : Nationalgeographic | Suntingan Semula : akuanakpahang
Tiada ulasan:
Catat Ulasan