Jumaat, 30 November 2012

Fakta Mengenai Menderma Darah

Fakta Mengenai Menderma Darah: Derma darah terbahagi kepada dua iaitu perdermaan darah penuh dan pendermaan darah aferesis. Pendermaan darah penuh ialah pendermaan kesemua komponen darah. Darah penderma yang dikeluarkan tidak akan dikembalikan ke dalam badan penderma. Manakala pendermaan aferesis ialah darah penderma yang dikeluarkan diasingkan mengikut komponen darah di mana pendermaan aferesis ialah pendermaan komponen darah iaitu plasma darah atau platelet atau kedua-duanya sekali. Komponen darah yang tidak diperlukan akan dikembalikan semula ke dalam badan penderma. Menderma darah memberikan banyak faedah kepada si penderma.




Menangani ancaman kanser

Menderma darah membantu mengurangkan risiko kanser. Pusat Miller-Keystone Darah, mendapati pendermaan darah yang konsisten, dikaitkan dengan risiko rendah untuk mendapat kanser, termasuk hati, paruparu, kolon, perut, dan tekak. Tahap risiko semakin menurun dengan kekerapan pendermaan darah dilakukan penderma. Kaitan antara risiko kanser yang lebih rendah dan menderma darah juga mungkin berpunca daripada pengurangan tekanan oksidatif. Perlu diketahui, sebatian radikal bebas boleh merosakkan DNA dan kerosakan bahan genetik menjadi punca kepada ancaman semua jenis kanser.

 Meningkatkan pengeluaran sel darah merah baru
Apabila darah `dikeluar' dari badan penderma, sel tertentu dalam darah akan menurun. Sebagai menampung kekurangan darah tadi, sel baru akan dihasilkan oleh tulang sum sum. Rangsangan itu menyebabkan darah baru yang dihasilkan, lebih segar. Banyak lagi faedah yang dapat di perolehi melalui pendermaan darah. So,mari derma darah sekrang juga!

*Kepada wanita:Sudahkah kamu membuat pemeriksaan mamogram dan PSP?

fakta mengenai menderma darah
 Informasi asal:Visual.ly./bucublog

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...