Isnin, 19 November 2012

SURAT CINTA UNTUK MAT REMPIT

ASSALAMUALAIKUM .......

Setiap hujung minggu mesti keluar kat berita pukul 8 malam pasal mat rempit nih . Kalau tak Kuala Terengganu , pasti kat KL . Setiap kali tu gak lah Mat Polis terpaksa buat sekatan jalan nak tangkap korang . Tak serik - serik gak kena kejar , pukul , kepong dan akhirnya kena tangkap dek polis tuh .
 
 
 
 

Hambo dan pernah pergi ke Kuala Terengganu tuh . Kecil jer bandar nya . Pusing - pusing pun kat si tu jer . Camna la korang boleh gak merempit kat situ walaupun dah tau yang korang confirm kena tangkap . Pak Polis lak dah tau trek tetap korang nih . Nasihat kat korang nih ... kalau nak gak merempit buat la survey dulu kat mana tempat leh lepaskan diri dari polis . Cilok 2 kat kampung losong ker , kat Teluk Gong ker Seberang Takir ke atau trus masuk kat garage workshop ker ... hahahaaaa. 

Kalau kat KL lak , memang banyak tempak nak sembunyi lah . Masalahnya korang nih tak tau polis kat mana . Korang memang seronoklah bila merempit jer ramai orang tengok . Korang ada fikir ker kalau yang tengok tuh sebenarnya mat polis ??? Meh den cadangkan ... kalau nak merempit dengan selesa , mai la Putrajaya . Lepas pukul 12 malam , line memang clear . Jalan pun cantik . lampu pun banyak . Tangki minyak tuh isi jer  penuh . Mat polis , jangan lak tangkap hambo lak yo ... eh heh heh ... hambo cuma bagi cadangan jer . Mat rempit tuh berani ker ???

Ada sikit TIPS untuk korang nih :
  • Motor mesti ada ROAD TAX
  • Mesti ada LESEN MEMANDU
  • Mesti pakai TOPI KELEDAR
  • Mesti pakai BAJU PELUMBA MOTOR lengkap dengan PELAPIK LUTUT dan KASUT
  • Mesti minta RESTU IBU BAPA
  • Mesti MOHON MAAF KAT IBU BAPA . Tak menyesal kalau nyawa melayang .
  • Jangan BAWA AWEK . Tu anak dara orang . Bila jadi sesuatu apa korang nak jawab !

Nasihat hambo , pi la merempit kat trek . Kalau korang mampu modified motor habis ribuan ringgit , takkan korang tak de budget untuk merempit kat trek sekurang - kurangnya 4 x seminggu . Sekurang - kurangnya kalau merempit kat trek , tak la menyusahkan orang nak jamin korang ker , nak bayar bil hospital ker ., kan ! 

Hargailah ibu bapa korang yang membesarkan korang dengan segala susah payah tuh . Kalau tak mampu beri keselesaan pada mereka pun , sekurang - kurangnya jangan la buat mereka sedih bila berlaku sesuatu pada korang . HARGAILAH NYAWA YANG ALLAH BERI pada korang . 

Hambo minta maaf lah kalau ada yang menyinggung nih . Ini sekadar pandangan dari hambo jer .
 veesandii.blogspot

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...