Selasa, 20 November 2012

Jenis Jenis Bangkai Yang Boleh Dimakan Umat Islam

Jenis Jenis Bangkai Yang Boleh Dimakan Umat Islam
Pada dasarnya, semua makanan adalah halal kecuali yang diharamkan menurut Al Quran dan Hadis iaitu:
1. Babi 
Babi (termasuk binatang yang dari baka campuran dengan babi) diharamkan secara keseluruhannya iaitu termasuk daging, lemak, urat, tulang dan lain-lain.  Ia boleh difahami dari sabda Rasulullah SAW yang bermaksud:
Sesungguhnya Allah dan Rasul-Nya telah mengharamkan jual beli arak, bangkai, babi dan berhala.”  (Hadis Riwayat Al-Imam Al-Bukhari dan Muslim)
 
 
 
 
 
 
2. Bangkai
Bangkai adalah binatang yang mati dengan sendirinya tanpa ada suatu usaha manusia yang memang sengaja disembelih menurut ketentuan agama atau dengan berburu. (Rujukan: Halal dan Haram Dalam Islam, mukasurat 135)   Namun, terdapat bangkai yang halal dimakan seperti:
  • Bangkai binatang laut dan akuatik seperti ikan, udang, dan sebagainya
  • Bangkai belalang
  • Bangkai binatang yang tidak mempunyai darah mengalir seperti lebah, semut dan lain-lain
  • Tulang, gigi, rambut, tanduk, kuku, kulit dan bulu dari bangkai binatang selain anjing dan babi
Terdapat berbagai kategori bangkai (Rujukan: Halal dan Haram Dalam Islam, mukasurat 139) seperti  :
  • Al Munkhoniqoh : binatang yang mati kerana dicekik atau tercekik
  • Al-Mauquudzah : binatang yang mati kerana dipukul dengan tongkat dan sebagainya
  • Al Mutaroddiyyah : binatang yang mati kerana jatuh dari tempat yang tinggi
  • An Nathihah : binatang yang mati kerana tertindih atau dihentam oleh binatang lain
  • Ma Akalas Sabu’u : binatang yang diserang oleh binatang buas dan dimakan sebahagian dagingnya sehingga ia mati.
  • blogammar

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...