Gaza perlu diratakan seperti US meratakan Jepun - Anak lelaki Ariel Sharon laknatullah
Gilad Sharon, anak lelaki perdana menteri Israel Ariel Sharon, telah
menyeru Israel untuk meratakan Gaza seperti Amerika Syarikat meratakan
bandar Hiroshima di Jepun pada tahun 1945 dengan atom.
Sharon suruhan Dajjal ini juga aktivis pembangkang di parti Kadima
menyatakan dalam laman berita The Jerusalem Post Sharon, "Penduduk Gaza
tidak bersalah, mereka memilih Hamas. Warga Gaza bukanlah tawanan,
mereka tidak memilih, kerana mereka lebih memilih Hamas, maka mereka
harus hidup dengan kesan pilihan mereka sendiri. "
"Kita perlu meratakan seluruh persekitaran di Gaza. Ratakan semua
wilayah Gaza. Seperti orang Amerika yang tidak berhenti mengebom
Hiroshima. Ketika itu Jepun tidak lagi menyerah kalah sehingga mereka
meletupkan Nagasaki juga. "
"Seharusnya tidak ada kuasa di Gaza, tidak ada petrol atau kenderaan.
Tidak ada semuanya, maka kemudian mereka bersungguh-sungguh untuk
meminta gencatan senjata kepada Israel. "
Sharon laknatullah ini terus berkata, "Gambar-gambar dari Gaza mungkin
tidak menyenangkan, tapi itu bererti kemenangan akan cepat diraih
Israel. Dan kehidupan tentera dan orang awam Israel pun terselamat. "
"Keduanya, rakyat Gaza dan infrastruktur mereka bina perlu mengeluarkan
kos, atau kita menduduki kembali seluruh Jalur Gaza. Kami perlu meraih
kemenangan dengan cepat dan kami perlu mengakhirinya dengan cepat juga.
Tentunya dengan letupan, bukan merengek-rengek. "
Dia menambah, "Jika kerajaan tidak bersedia untuk melakukannya, itu
bererti menduduki kembali seluruh Jalur Gaza. Seluruh bukan hanya
beberapa kawasan di pinggir bandar seperti Cast Lead. Tetapi juga jalur
Gaza secara keseluruhan, seperti di Defensive Shield, sehingga roket
tidak boleh lagi dilepaskan. "
detikislam
Tiada ulasan:
Catat Ulasan