Ahad, 25 November 2012

Wajah-Wajah Syahid Pemimpin Utama Hamas

Mungkin rejim Israel merasakan mereka telah berjaya mencapai matlamat apabila terbunuhnya pemimpin sayap tentera Hamas, Briged al-Qassam iaitu Ahmed Jabari pada 14 November 2012. Namun, hakikatnya mereka belum lagi berjaya kerana sejarah mencatatkan pemimpin Hamas sering diganti dengan mereka yang mempunyai hati yang cekal dan sanggup syahid kerana agama.

Berdekad-dekad sudah, Israel laknat sering mensasarkan pemimpin utama Hamas sebagai tindakan balas dendam dan merendahkan moral mujahiddin Islam Palestin. Namun, ia sedikit pun tidak menjejaskan para mujahiddin daripada segi fizikal dan rohani.

 

Pertolongan Allah swt adalah segala-galanya. Siapa sangka, berpuluh ribu roket dan serangan udara dilancarkan oleh Israel ke Gaza saban hari dan membunuh beribu rakyat Palestin di Gaza, dunia mencatatkan statistik kelahiran di Gaza adalah ketujuh tertinggi di dunia dengan kadar peratusan 3.2% setiap tahun. Apa yang lebih menarik, Gaza adalah wilayah paling bergolak dan mencatatkan kematian antara paling banyak di dunia berbanding enam negara yang berada di atasnya

 

1) Asy Syahid Ir Imad Aqal, syahid pada 24 hb November 1993, seorang yang genius dan antara perintis penciptaan bom dan roket untuk kegunaan Mujahiddin Palestin.

2) Asy Syahid Syeikh Ahmad Yaasin, syahid pada 22 hb Mac 2004, seorang pengasas Hamas dan seorang yang sangat alim dan warak.

3) Asy Syahid Ir Yahya Ayyash, syahid pada 5 hb Januari 1996, seorang jurutera yang digelar oleh pengganas Israel sebagai ‘the engineer’. Mempelopori taktik serangan bom syahid atau ‘suicide bomber‘.

4) Asy Syahid Dr Abdul Aziz Ar Rantisi, syahid pada 17 hb April 2004, seorang pemimpin Hamas yang disayangi rakyat. Dilantik selepas pembunuhan Sheikh Ahmad Yaasin oleh pengganas Israel. Tidak lama selepas perlantikan, beliau menemui sang pencipta akibat serangan bunuh tentera laknat Israel.

5) Asy Syahid Dr Said Syiam, syahid pada 15 Januari 2009, seorang pemimpin tertinggi Hamas selepas pembunuhan Sheikh Ahmad Yaasin dan Abdul Aziz Rantisi. Antara tiga pemimpin yang dikatakan akan mengetuai Hamas. Menubuhkan angkatan tentera yang dikenali The Executive Forceyang dianggap angkatan tentera elit di Gaza.

6) Asy Syahid Al-Qaid, Ahmad Al-Jabari, syahid pada 14 November 2012, seorang pemimpin sayap tentera parti Hamas, Briged Al-Qassam. Pemimpin tertinggi yang paling terbaru menjadi mangsa serangan bunuh pengganas Israel. Pernah menggemparkan dunia apabila mencabar rejim Israel menyerahkan 1,067 banduan Palestin untuk ditukarkan dengan askar muda Israel yang diculiknya.

“Dan jangan sekali-kali engkau menyangka orang-orang yang terbunuh (yang gugur Syahid) pada jalan Allah itu mati, (mereka tidak mati) bahkan mereka adalah hidup (secara istimewa) di sisi Tuhan mereka dengan mendapat rezeki” (surah Ali Imran ayat 169)
takusahrisaublogsport

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...