Sabtu, 13 April 2013

10 Sebab Manusia Membunuh

Kita sering membaca berita mengenai kejadian pembunuhan kanak-kanak mahu pun orang dewasa di dalam dan di luar negara. Banyak pula adegan pembunuhan dipaparkan dalam filem yang pernah kita tonton. Mengapa manusia sanggup membunuh dan apa pula motif pembunuhan yang mereka lakukan?

Mari kita tengok apa yang sempat aku fikirkan. Apa yang terkurang, tambah saja nanti di kotak komen.




  1. Dengki – Panglima Ali sanggup membunuh Telani yang bunting sulung kerana Telani dikahwinkan dengan Alang Yahya atas perintah sultan. Masih ingat dengan kisah sedih filem Lancang Kuning?
  2. Dendam – Filem Castello banyak memaparkan kejadian membalas dendam ini. Kerana maruah anak dan nyawa isteri, Castello naik gila dan bertindak membalas dendam kepada kumpulan pengedar dadah.
  3. Kuasa – Dalam filem Hang Tuah, pahlawan Taming Sari dibunuh hanya kerana mahu menunjukkan kebolehan dan kuasa yang ada pada pahlawan Melaka, Hang Tuah. Yang lemah sentiasa menjadi mangsa yang kuat.
  4. Tamak – Kisah konflik pembunuhan yang dirancang untuk membolot harta peninggalan dapat dilihat dalam filem Di Belakang Tabir lakonan Jins Shamsuddin, P. Ramlee dan Noor Azizah.
  5. Cemburu – Dalam filem Bawang Putih Bawang Merah, Kundor tergamak membunuh Labu kerana cemburu kepada madunya.
 
    6 jahanam 

  1. Menutup Rahsia - Manusia membunuh kerana mahu menutup kesalahan yang dilakukan agar tidak diketahui oleh orang lain. Ini yang dilakukan oleh enam sahabat dalam filem 6 Jahanam. Mereka membunuh Masmera dan tukang gambar.
  2. Upah - Tumulak dihantar oleh majikannya yang benama Kimpedu untuk membunuh dan mengkucar-kacirkan kongsi gelap yang ada di Malaysia. Kisah dalam filem Kongsi.
  3. Mempertahankan - Film Bukit Kepong menunjukkan bahawa pasukan polis sedia membunuh pengganas komunis yang menyerang Balai Polis Bukit Kepong kerana mempertahankan diri dan balai polis.
  4. Tanpa Niat – Dalam Ragam P. Ramlee, Abang Damaq yang bernama Gegala mengambil keputusan tidak mahu lagi bermain senjata kerana pernah dengan tidak sengaja membunuh ayahnya ketika berlatih ilmu mempertahankan diri.
  5. Tiada Motif – Ada juga kesalahan jenayah membunuh di negara kita yang tiada motif. Tiada sebab dicatat dan dilaporkan ketika pesalah dijatuhkan hukuman oleh mahkamah. Aku tak dapat nak ingat filem apa yang ada adegan seperti ini.
Kejadian dan kisah pembunuhan yang banyak dipaparkan dalam filem-filem tempatan mahu pun filem luar memang selari dengan apa yang berlaku di dunia nyata. Manusia memang kejam.
 http://www.tehramuan.com

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...