Sabtu, 6 April 2013

Saudara Baru Di Afrika Menginsafkan Kita

Jika di Malaysia, tidaklah sesukar  mana untuk kita mencari tempat-tempat untuk bersolat.  Hal ini kerana, jika kita hendak mengerjakan solat, di mana-mana boleh kita cari surau atau masjid untuk melaksanakan perintah Allah yang penting itu.

Paparan kali ini adalah sangat menarik di mana kisahnya berkisar tentang  sebahagian masyarakat di kawasan Republik Togo, Afrika Barat yang telah memeluk agama Islam yang suci.  Walaupun mereka baharu sahaja memeluk Islam tetapi usaha murni mereka ini seharusnya dipuji.

Saudara baru tersebut telah berusaha membina sebuah pondok untuk dijadikan tempat solat berjemaah.






mualaf_afrika
Saudara baru… usaha mereka ini benar-benar  menginsafkan
Atas rasa keikhlasan kerana Allah SWT mereka berusaha untuk bersolat dengan membina ruang khas untuk sama-sama bersolat.  Mungkin saudara baru ini telah dapat rasakan kenikmatan menjadi Muslim dan manisnya bersolat biarpun masih baharu mengenal agama Islam.
Kuat sungguh kecintaan mereka terhadap agama yang suci dan yang hanya diiktiraf oleh Allah SWT.
Sebanarnya, penduduk berkenaan baharu sahaja memeluk agama Islam. Mereka kemudiannya  bersama-sama membangunkan ruang solat ala kadar sahaja iaitu dari  pondok sabut kelapa dan jerami.
Sedangkan kita yang jelas sejak azali bernama Islam kerana dilahirkan sebagai umat Islam masih longgar di hati rasa cinta pada agama suci ini.

Jika di tempat kita, tempat-tempat bersolat sangatlah selesa kerana berada di ruang berhawa dingin, berkarpet, kipas segenap ruang solat dan kemudahan berwudhuk apatah lagi.  Ringkasnya, sangat mewah dan selesa jika hendak dibandingkan dengan suasana di tempat mereka yang sudah pastinya panas membahang.  Tetapi solat tetap diutamakan.  Tidakkah gambar di atas dapat membuat kita rasa insaf?

masjid_india
Selesa…salah satu contoh masjid di Malaysia

Mari kita renungi maksud daripada petika ayat Quran di bawah :
“Maka nikmat Allah yang mana hendak kamu dustakan? [Ar-Rahman: ayat 13]
Firman Allah SWT lagi  :
“Hai orang-orang beriman, barangsiapa yang murtad di antara kamu dari pada agamanya, kelak Allah akan mendatangkan suatu kaum,  Allah mengasihi mereka dan mereka mengasihi Allah, mereka lemah lembut terhadap orang beriman dan tegas terhadap orang-orang yang ingkar. Mereka berjuang pada jalan Allah, dan tidak takut akan cerca orang yang mencerca.  Demikian itu kurnia Allah, diberikan kepada sesiapa yang dikehendakinya, Allah luas kurnianya lagi maha mengetahui.” (Al-Maidah: ayat 54)
Malangnya, masih ramai di antara kita yang mempermudahkan amalan solat ini.  Renungkan lah…
 http://bicarasantai.com

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...