Pada
tahun 1848, sebuah ekspedisi arkeologi yang sedang melakukan penelitian
di Mesir telah menemui hierogliph aneh di dinding-dinding batu sebuah
kuil kuno di Abydos, beberapa ratus kilometer ke selatan Kairo. Cetakan
contoh hierogliph itu kemudiannya dibawa ke Eropah dan segera
menimbulkan perdebatan yang luar biasa di kalangan pengkaji Mesir. Tidak ada sesiapa pun yang dapat menjelaskan maksud hierogliph tersebut. Akhirnya,
hierogliph tersebut dianggap hanya sebagai ukiran objek-objek aneh yang
tidak dikenali. Puluhan tahun kemudian, hierogliph tersebut kembali
muncul ke permukaan, kali ini beberapa orang mengenali ukiran Hierogliph
tersebut sebagai helikopter, pesawat dan kapal selam, objek-objek yang
tercipta pada abad ke-20.
Saya
percaya sebahagian besar daripada para pembaca yang membaca tulisan ini
dan sudah pernah melihat foto yang termashyur ini pasti akan menganggap
tulisan saya ini basi. Namun ternyata ada sebahagian orang yang belum
atau mungkin hanya sedikit yang mengetahui berkenaan kisah ini dan
meminta saya menulisnya. Jadi yang sudah tahu harus mengalah dengan
mereka yang belum tahu.
Helikopter
yang tergambar di dinding kuil tersebut memiliki kipas, kokpit dan
ekor, persis seperti helikopter yang tercipta pada abad ke-20. Sedangkan
2 ukiran lain sepertinya menunjukan gambar kapal selam dan pesawat.
Hierogliph
tersebut dijumpai di sebuah kuil yang didirikan oleh Firaun Seti I
sekitar 3000 tahun yang lalu, bukan di Piramid seperti yang dinyatakan
sebahagian orang. Soalnya sekarang adalah, bagaimana ukiran mesin-mesin
pengangkutan moden boleh wujud di dinding kuil yang berusia 3000 tahun ?
saya cuba untuk mencari penjelasan alternatif.
Tentu
saja tidak semua orang dengan senang menerima penjelasan bahawa adanya
UFO pada masa purba seperti yang dipercayai oleh sebahagian orang
(baca-dimensi alam adalah berbeza).
Oleh kerana, pendapat ini kurang dipercayai,
Pertama,
saya menemui penjelasan daripada seorang arkeologi yang ternyata
pandanganya sangat luar biasa. Dengan cepat dan tanpa berfikir panjang
dia mengatakan bahawa foto tersebut adalah hasil rekaan photoshop.
Nampaknya arkeologi 'cerdik pandai' ini tidak pernah mengunjungi kuil
Abydos di Mesir. Macam-macam foto dan rakaman yang diambil di kuil
tersebut oleh orang yang berbeza-beza jelas menunjukkan bahawa ukiran
tersebut bukan hasil photoshop.
Seorang
lagi arkeologi lebih bijak pandangannya dan tidak hanya pandai cakap
saja dan tentu saja mempunyai sumber kewangan yang baik untuk melihat
ukiran tersebut secara 'live' di Abydos. Beliau memiliki penjelasan yang
ilmiah dan sesuai dengan ilmunya. Menurut mereka, ukiran tersebut sama
sekali bukan ukiran helikopter, pesawat dan kapal selam. Hierogliph
tersebut boleh menyerupai gambar helikopter, pesawat dan kapal selam
karana sebuah proses yang disebut Palimpsest.
Apa
itu Palimpsest? Palimpsest adalah sebuah teknik membuat ukiran
hierogliph yang baru di atas ukiran yang lama. Caranya adalah dengan
memplaster ukiran yang lama dan kemudian mengukir hierogliph yang baru
di atasnya.
Ukiran
yang terdapat di dinding kuil Abydos dipercayai oleh para arkeologi
telah mengalami proses Palimpsest. Seiring dengan waktu, plaster yang
ditampal untuk tujuan menutupi ukiran yang lama mula lekang. Ukiran lama
yang bercantum dengan ukiran baru menghasilkan ukiran-ukiran yang
berbentuk aneh. Dan dari situlah muncul helikopter/UFO seperti yang di
dakwa oleh saintis 'kepala dongga' di Amerika-Eropah.
Proses
ini sama seperti ketika kita yang sedang menghadapi ujian di sekolah.
Ketika kita merasa jawapan yang kita tulis salah, kita mengambil liquip
dan menutupi kesalahan itu dengan cairannya. Namun karana kita terdesak
oleh waktu, kita yang tergesa-gesa segera menulis di atas kesan liquip
itu tadi yang belum kering. Akibatnya, lapisan liquip menjadi rosak dan
kertas ujian kita menjadi kotor dengan huruf yang bercampur-aduk.
(sekarang pembaca faham apa itu Palimpsest kan ?)
Terbukti
para atisan Mesir biasa menggunakan metode Palimpsest pada masa purba.
Jika seorang Firaun naik tahta, dia akan mengarahkan tulisan-tulisan
lama di dinding diganti dengan tulisan yang menceritakan tentang
kemuliaannya. Jadi artisan Mesir pun memplaster tulisan yang lama dan
menggantinya dengan yang baru.
Disini,
saya mendapati bahawa penjelasan ini seperti tidak terlalu tepat Cuba
bayangkan, berapa besar kemungkinannya proses Palimpsest yang gagal,
mampu membentuk satu imej helikopter yang sedemikian sempurna?
Namun,
tidak lama kemudian ketika saya sedang sibuk mencari data tambahan,
saya telah menemui sebuah foto yang mengejutkan dan akan membawa kajian
saya ini ke pengakhirannya. Di dinding lain, di kuil yang sama, ada susunan hierogliph yang sangat mirip dengan ukiran helikopter yang arkeologi jumpa.
Lihatlah persamaannya. Berdasarkan foto ini, Palimpsest seakan-akan masuk akal. Boleh jadi hierogliph ini menunjukkan hierogliph awal sebelum ukiran itu mengalami proses Palimpsest.
Melihat foto ini, 'Teori Helikopter' masa purba mula kabur.
Ukiran
yang mirip dengan kapal selam ternyata merupakan ukiran telapak tangan.
Bekas-bekas ruas jarinya jelas terlihat di kedua-dua ukiran tersebut.
Lagi pun, setelah dilihat berkali -kali saya merasa helikopter itu
ternyata memang tidak mirip dengan helikopter. Apa yang kita sebut
dengan kipas, terbukti bersambung dengan ekornya. Hidung helikopter itu
terbukti bersambung dengan ukiran lain.
Tapi,
jika ada petunjuk baru yang mematahkan dakwaan sebelumnya, maka saya
rasa tidak ada salahnya untuk menerima kemungkinan baru.
Sebuah akhbar Arab bernama "Al-Sharq Al-Awsat" pernah memaparkan foto-foto yang diambil di dinding kuil Amon Ra
di Karnak. Kononnya foto itu menunjukkan terdapat hierogliph yang mirip
dengan ukiran yang ada di kuil Abydos. Di dalamnya juga dikatakan ada
helikopter dengan kipas dan ekor.
blablasesawang.blogspot.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan