Jumaat, 28 Februari 2014

Senyuman Rasulullah S.A.W

http://pondokalmadinah.com/file/2013/04/sabar.jpg
Sabar Itu Sebahagian Dari Iman

Senyuman Rasulullah S.A.W


Kisah Motivasi Pagi yang kita nak kongsi hari ini adalah mengenai kisah senyuman Rasulullah S.A.W. berhadapan dengan seorang Badui yang berkasar dengannya.

Anas bin Malik ra pernah berkata " Aku pernah berjalan bersama Rasulullah S.A.W. Ketika itu beliau mengenakan pakaian buatan Najran. Datanglah seorang Badui mendekati beliau dan kemudian dengan kasar menarik baju yang dikenakan Rasulullah saw tersebut. Akibat kerasnya tarikan orang Badui itu, leher Nabi saw tergores sedikit.
 


Kemudian orang tersebut membentak dengan ucapan: "Ya Muhammad, berikan aku dari harta Allah yang ada padamu."

Rasulullah S.A.W memandang kepadanya dan tersenyum, lalu kemudian menyuruh agar memberikan kepadanya apa yang dimintanya itu. (Riwayat Bukhori)

Rasulullah S,A.W memang terkenal dengan sifat sabar dan tenang. Tidak cepat marah dan emosi. Kalau kita semua diperlakukan sebegitu pastinya berlaku pergaduhan. Itulah istimewanya Nabi kita Nabi Muhammad S.A.W. Selain dari sifat sabar dan tenang, empat sifat mulia Rasulullah S.A.W yang kita semua patut contohi adalah:

1. Sentiasa berbuat baik agar dapat dicontohi oleh orang lain.
2. Meninggalkan segala yang buruk dan tidak pernah menghampirinya
3. Selalu berusaha melakukan yang terbaik untuk umatnya
4. Sentiasa menegakkan apa yang benar dan yang baik bagi umatnya, walaupun mendapat tentangan.

Jom sama-sama kita mencontohi akhlak mulia Rasulullah saw. Semoga jiwa kita akan lebih tenang dan hidup akan kita lebih diberkati. Aminn!!!
my blog santai

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...