Jumaat, 14 Februari 2014

Aston Martin Untuk Kanak-Kanak 10 Tahun


 
PERCAYAKAH anda? pengeluar kereta terkenal dunia Aston Martin telah mengeluarkan kereta khas untuk kanak-kanak berusi 10 tahun dan ke atas.

Model istimewa itu dikenali sebagai Aston Martin DB Junior.

Reka bentuk kereta itu mengambil inspirasi daripada bentuk model Aston Martin DB5 yang dikeluarkan sekitar tahun 1960, yang digunakan oleh perisik 007 James Bond dalam filemnya.



Oleh itu, jika anda mampu untuk membeli kereta ini untuk anak anda yang baru bersekolah di Tahun 4, kos untuk memilikinya ialah $27,000 Dolar Amerika (RM89,573) sebuah.

Model DB Junior berukuran 8 kaki 2 inci panjang, 3 kaki 4 inci lebar dan 2 kaki 5 inci tinggi.
Ia turut dilengkapi tempat duduk dengan kemasan kulit, stereng kemasan berupa kayu dan sistem brek hidraulik dengan cakera brek Brembo.

Enjin 110cc empat lejang DB Junior boleh dihidupkan dengan menggunakan penghidup elektrik dan kelajuannya boleh dikawal dengan kotak gear dengan tiga transmisi.

Sebenarnya, DB Junior bukan sahaja boleh dipandu oleh kanak-kanak sahaja, ia boleh menampung sesiapa sahaja berusia 10 tahun sehingga 80 tahun kerana pedalnya boleh dilaraskan sehingga mampu digunakan oleh seseorang dengan ketinggian enam kaki.

“Anda akan terkejut dengan bagaimana elemen kejuruteraan kereta DB Junior dan saiz kokpitnya yang luas,” kata Pengarah Urusan Aston Martin di London.

Kereta DB Junior diberi nama sempena nama pemilik Aston Martin David Brown dan kereta itu boleh didapati secara eksklusif di Nicholas Mee & Co. – IBNU  
 
mynewshub

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...