Rabu, 12 Februari 2014

Isteri Duta Islam Pertama Hamnah Binti Jahsy Binti Lahsy al-Asadiyah



100wanitadisisirasullulahsaw
(Sekadar gambar hiasan)

Dia merupakan saudara Ummul Mukminin Zainab binti Jahsy, sepupu Rasullulah saw. Ibunya ialah Ummu Umaimah binti Abdul Mutalib. Statusnya sebagai isteri kepada Mush'ab bin Umair tidak lama kerana suaminya meninggal dunia ketika perang uhud. Dia dinikahi oleh Talhah bin Ubaidillah salah seorang sahabat yang dijanjikan masuk syurga. 

 


Abu Umair dalam al-Isti'ab berkata : "Dia (Hamnah bin Jahsy) termasuk orang yang berbiah dengan Rasullulah sa ketika perang Uhud dia selalu memberi minuman kepada perajurit-perajurit yang kehausan , membawa mereka yang tercedera dan mengubatinya. " 

Ibnu Saad berkata :"Rasullulah saw pernah memberinya makanan sebanyak 3270 kg pada hari khaibar. Dia ialah ibu Muhammad bin Talhah yang dikenali dengan "as-Sajjad". 

Peranan Hamnah semasa perang Uhud tidak boleh dianggap remeh. Ketika perang meletus , dia turun ke medan pernag membawa orang yang tercedera dan menghantar mereka kembali setelah luka-luka mereka diubati. 


Petikan Sumber : 100 Wanita Disisi Rasullulah saw 
 mselim3.blogspot.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...