Ahad, 2 Februari 2014

Misteri Ilusi Optik

Optical illusion atau visual illusion dan dalam bahasa melayu pula dikenali sebagai ilusi optik adalah kecelaruan yang berlaku apabila otak tidak memberi maksud atau mentafsir dengan tepat pada apa yang dilihat.
Misteri Ilusi Optik
Ilusi Optik - Pandangan anda bermasalah?
Ianya bukan kecacatan atau penyakit tetapi satu fenomena yang sukar dijelaskan. Walaupun sekian lama kajian dilakukan ianya masih menjadi misteri yang tidak terungkai. Ini bermakna, pandangan kita terhad dalam melihat sesuatu sehinggakan berlaku kesalahan dan kekeliruan oleh otak dalam memberi tafsiran.

Misteri Ilusi Optik

Namun semua pakar sependapat bahawa Ilusi optik terjadi disebabkan otak kita tidak dapat mentafsir dengan tepat objek yang dilihat oleh mata akibat dari gangguan keadaan disekitar objek. Pandangan kita berbentuk perspektif dan dimensi iaitu ada jauh dan dekat serta berbentuk 2D dan 3D. 
 
 
Oleh itu sebarang gangguan atau kekeliruan akan mempengaruhi minda dan fikiran lalu kita percaya dengan apa yang dilihat. Ianya juga berkait dengan titik buta yang tidak mempunyai sebarang reseptor yang peka terhadap cahaya . Hal ini menyebabkan imej yang jatuh pada titik buta tidak dapat dilihat.
Sekarang anda lihat video ilusi optik yang sungguh menarik ini... Ianya dapat memberi satu contoh ilusi optik yang amat jelas akan misteri fenomena kekeliruan pandangan ini. Namun disebaliknya ia pula menjadi satu hasil karya seni yang sangat istimewa dan unik berikutan dari kelemahan pandangan mata kita.

T-Rex Illusion Video


Susah untuk memahaminya? Tak apalah...biarkan ianya satu misteri. Ilusi optik ini bukanlah sesuatu kecacatan atau kekurangan. Semua manusia adalah sama... Kita semua adalah insan yang lemah kerana ada yang lebih berkuasa... Dialah Maha Pencipta yang Maha Sempurna... Allah SWT. Setiap ciptaanNya pasti ada kegunaaan dan hikmahnya.
rileksminda

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...