Jumaat, 30 Disember 2011

Resepi Nasi Tomato dan Ayam Masak Merah



500 g beras basmathi (dibersihkan)
4 biji tomato (dikisar)
500 ml air
125 ml susu cair
3 sudu makan sos tomato
1 helai daun pandan
sedikit garam
sedikit kacang gajus ( option)
sedikit kismis ( option)
Sedikit bawang goreng
2 sudu makan minyak sapi
2 cn kulit kayu manis
1 kuntum bunga lawang
1 biji buah pelaga
2 ulas bawang putih( ditumbuk)
1 biji bawang besar ( dihiris)
sedikit bawang goreng
sedikit daun ketumbar (dihiris)
1 helai daun pandan



Cara membuatnya..


1. Panaskan minyak sapi dan tumis bahan menumis hingga wangi.

2. Masukkan beras dan goreng sekejap hingga rata.


3. Masukkan sos tomato, tomato kisar, air, susu dan daun pandan.


4. Tanak nasi seperti biasa.


5. Setelah masak taburkan buah gajus, kismis, bawang goreng dan daun ketumbar…




Ayam Masak Merah Wangi





Bahan-bahanya
1/2 ekor ayam ( dipotong 5 ke 6 bahagian kecil)
2 sudu besar cili kisar
3 biji bawang merah ( boleh ganti dgn 1/4 biji bawang besar) +1 ulas bawang putih ( dikisar halus)
1 batang serai
1 batang kulit kayu manis
2 sudu besar sos cili
1/4 biji bawang besar dihiris kasar
1/2 biji tomato
1/2 cawan kacang peas ( ros guna kacang peas dalam tin cap ayam brand)
garam
gula


Cara-caranya
1. Gaul ayam dengan kunyit , garam dan 2 sudu besar tepung gandum atau tepung goreng ayam. Goreng separuh masak. Angkat dan ketepikan.


2.  Kisar bawang putih dan bawang besar, kalau tumbuk halus pun boleh, ros guna blender sebab takde lesung batu. Panaskan minyak dan tumis kulit kayu manis tadi, bila dah naik bau baru masukkan bahan kisar dan cili kisar, tumis hingga garing.


3. Selepas itu masukkan serai yang telah dititik ataupun yang telah dipotong dua, kacau sebati, tomato di potong kecil dan masukkan dalam bahan tumisan tadi, biarkan tomato betul-betul hancur, baru masukkan sos cili.


4. Setelah kuah agak pekat, baru masukkan ayam yang telah digoreng tadi. Gaul sebati, sesuaikan rasa, masukkan garam dan sedikit gula, akhir sekali baru masukkan kacang peas dan bawang besar, setelah bawang besar layu, tutup api dan tabur sedikit dengan hirisan daun sup atau daun ketumbar sedia untuk dihidangkan. Ros suke ayam masak merah ni, sebab dia wangi, penambahan serai dan kulit kayu manis tu membangkitkan lagi selera dan aromanya. 


Selamat Mencuba.
-sedia untuk dihidangkan-

Selamat memasak…


jintanmanis

Cara Rawat Rohani Yang Sakit


Salam.
Hai kawan-kawan, apa khabar si dia? Masih macam dulu ke? Takpe, memang ambil masa nak sembuh tapi mari kita tengok teknik nak sembuhkan cik rohani kita ni. Dato' Dr Fadzilah Kamsah ada senaraikan 17 petuanya..



Petanda penyakit rohani termasuklah:
1. Malas beribadah,
2. Malas bekerja
3. Tumpul daya fikiran
4. Kurang peka ttg kesusahan org lain
5. Gelisah n risau
6. Liar terhadap kebenaran
7. Sering bersangka buruk
8. Suka mengadu domba
9. Suka isteri atau tunang org
10. Malas atau lupa berdoa
11. Tak rasa bersalah bila buat dosa
12. Sukar utk buat kebaikan.
Semua masalah d dunia bermula dari penyakit rohani. Mari kita hisab diri kita n rawat rohani kita agar selamat d dunia n akhirat.

Cara nak rawat Sakit Rohani ialah:

1. Jaga solat 5 waktu.
2. Solat taubat dan istighfar 70 kali sehari.
3. Qadha' solat yang tertinggal.
4. Baca Quran.

5. Maafkan orang dan mohon maaf.
6. Cari ilmu berterusan, cari guru yang mursyid.
7. Berkawan dengan orang2 positif.
8. Sedekah kepada yang memerlukan.
9. Beri haiwan makan.
10. Beri khidmat kepada yang memerlukan.

11. Cuci pinggan, tandas etc..
12. Kekalkan wudhu'.
13. Puasa sunat.
14. Sentiasa ingat mati. 
15. Hidupkan sunnah harian.
16.  Seru orang ke arah kebaikan.
17. Tunaikan haji dan umrah.


Nampak macam senang kan..? Mari kita amalkan ya, sempena nak labuhkan tirai 2011 ni.. Tahun Baru Islam pon udah sebulan berlalu. Hari ini 5 Safar 1433H.. 


credited: Dato' Dr. Haji Mohd Fadzilah Kamsah


tips-kurus

Rahsia ciptaan Allah


بسم الله الرحمن الرحيم


Asy-Syeikh Al-Imamul-ajallu Abu Nashr Muhammad bin Abdurrohman Alhamdaani, semoga rahmat Allah berlimpah ke atasnya, (ketahuilah) bahawa Zat Pencipta, Yang sangat besar kekuasaan~Nya dan sangat tinggi kalimat~Nya serta berkesinambungan nikmat~Nya, telah menghiasi tujuh perkara dengan tujuh perkara, dan menghiasi pula bagi tiap-tiap tujuh perkara itu dengan tujuh perkara yang lainnya untuk memberitahukan kepada orang-orang yang berilmu bahawasanya angka tujuh itu mempunyai rahsia yang sangat besar dan kedudukan yang agung di sisi Allah, Maharaja yang memiliki kemudharatan dam kemanfaatan.

Pertama

Allah menghiasi udara dengan tujuh lapis langit. Firman Allah yang bermaksud; “Dan Kami telah membina di atas kamu tujuh petala (langit) yang kuat kukuh?” [Surah An-Nabaa': 12] Kemudian Allah Menghiasi dengan tujuh bintang. Firman~Nya yang bermaksud; “Dan demi sesungguhnya! Kami telah menjadikan di langit: bintang-bintang (yang berbagai bentuk dan keadaan) serta kami hiasi langit itu bagi orang-orang yang melihatnya.”. [Surah Al-Hijr: 16]

Kedua

Allah telah menghiasi padang yang lapang dengan tujuh lapis bumi. Firman Allah yang bermaksud; “Allah yang menciptakan tujuh petala langit dan (Ia menciptakan) bumi seperti itu; perintah Allah berlaku terus menerus di antara alam langit dan bumi. (Berlakunya yang demikian) supaya kamu mengetahui bahawa sesungguhnya Allah Maha Kuasa atas tiap-tiap sesuatu, dan bahawa sesungguhnya Allah tetap meliputi ilmuNya akan tiap-tiap sesuatu.” [Surah At-Thalaaq: 12] Kemudian Allah menghiasi bumi itu dengan tujuh lautan sebagaimana firmanNya yang bermaksud; “Dan sekiranya segala pohon yang ada di bumi menjadi pena, dan segala lautan (menjadi tinta), dengan dibantu kepadanya tujuh lautan lagi sesudah itu, nescaya tidak akan habis Kalimah-kalimah Allah itu ditulis. Sesungguhnya Allah Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana.” [Surah Luqman: 27]

Ketiga

Allah telah menghiasi neraka dengan tujuh tingkat iaitu Jahannam, Sa'iir, Saqar, Jahiim, Huthamah, Ladhaa dan Hawiyah. Kemudian Allah menghiasinya dengan tujuh pintu, sebagaimana firmanNya yang bermaksud; “Ia mempunyai tujuh pintu; bagi tiap-tiap sebuah pintu ada bahagian yang tertentu dari mereka (yang sesat dan menyesatkan itu).” [Surah Al-Hijr: 44]

Keempat

Allah menghiasi Al-Quran dengan tujuh surah yang panjang, kemudian menghiasinya pula dengan tujuh ayat pembuka kitab (Faatihatul-kitaab). Sebagaimana firman~Nya yang bermaksud; “Dan sesungguhnya Kami telah memberi kepadamu (wahai Muhammad) tujuh ayat yang diulang-ulang bacaannya dan seluruh Al-Quran yang amat besar kemuliaan dan faedahnya.”. [Surah Al-Hijr: 87]

Kelima

Allah telah menghiasi manusia dengan tujuh anggota badan iaitu dua tangan, dua kaki, dua lutut dan satu wajah. Kemudian menghiasinya dengan tujuh peribadatan iaitu dua tangan dengan doa, dua kaki dengan berkhidmat, dua lutut dengan duduk dan muka dengan sujud. FirmanNya yang bermaksud; “Ingatlah! Janganlah engkau (wahai Muhammad) menurut kehendaknya, dan (sebaliknya) sujudlah dan dampingkanlah dirimu kepada Allah (dengan taat dan beramal soleh)!” [Surah Al-Alaq: 19]

Keenam

Allah menghiasi umur manusia dengan tujuh peringkat iaitu pada masa lahirnya disebut 'radli', kemudian 'fathim', kemudian 'kuhul', kemudian 'syaikh'. Dan menghias tujuh peringkat umur ini dengan tujuh kalimat iaitu ucapan “Laa Ilaaha Illallaah Muhammad Rasulullah”. Firman Allah yang bermaksud; “Dan Allah mewajibkan kepada mereka kalimat taqwa (Laa Ilaaha Illallaah) dan adalah mereka berhak dengan kalimat taqwa itu dan patut memilikinya”. [Surah Al-Fath: 26]

Ketujuh

Allah menghiasi dunia dengan tujuh negeri yang besar iaitu:
1. Hindustan
2. Hijaz
3. Bashrah, Badiyah dan Kufah
4. Iraq, Sham, Khurasan sampai ke Balakh
5. Roma dan Armenia
6. Negeri Ya'juj dan Ma'juj
7. Cina dan Turkistan.

Kemudian Allah menghiasi tujuh negeri besar dengan tujuh hari iaitu Sabtu, Ahad, Isnin, Selasa, Rabu, Khamis dan Jumaat. Dan Allah memuliakan dengan tujuh hari itu dari para nabi iaitu:

1. Hari Sabtu – Allah memuliakan Nabi Musa A.S
2. Hari Ahad – Allah memuliakan Nabi Isa bin Maryam A.S
3. Hari Isnin – Allah memuliakan Nabi Daud A.S
4. Hari Selasa – Allah memuliakan Nabi Sulaiman A.S
5. Hari Rabu – Allah memuliakan Nabi Ya'qub A.S
6. Hari Khamis – Allah memuliakan Nabi Adam A.S
7. Hari Jumaat – Allah memuliakan Nabi Muhammad SAW dan umatnya.

Wallahualam.

Sumber dari Kitab: AS SAB'IYYAATU FII MAWAA'IDHI'LBRITYAAT

insaaniyyah

Eskalator Gergasi Untuk Penduduk Miskin di Medellin Colombia

Pihak berkuasa ibu kota kedua terbesar Colombia merasmikan eskalator gergasi yang ditempatkan di luar bagi kegunaan penduduk kawasan kejiranan antara wilayah termiskin negara itu, Medellin.



Sebelum ini, katanya, lebih 12,000 penduduk kejiranan Comuna 13 terpaksa mendaki ratusan tangga besar yang mana menyamai bangunan 28 tingkat.
  

Sekarang mereka boleh menaiki eskalator kata Datuk Bandar Medellin Alonso Salazar. Menurutnya lagi eskalator ini adalah yang terbesar dibina untuk orang ramai dan digunakan oleh penduduk-penduduk di kawasan miskin.

Eskalator berharga $ 6.7 juta ini akan memendekkan pendakian 35 minit dengan berjalan kaki dan ianya adalah percuma.

Cesar Hernandez, ketua projek untuk Medellin, berkata tangga elektrik dibahagikan kepada enam bahagian dan mempunyai panjang 384 meter (1260 kaki). Eskalator naik dan satu untuk turun.

cthoney

Wanita Hamil Tidak Perlu Makan Untuk 2 Orang ... risiko penggumpalan darah

Wanita hamil sangat memerlukan banyak nutrisi untuk memastikan kesihatan dirinya dan janin yang dikandung. Akibatnya banyak antara ibu-ibu mengandung merasa perlu makan dua kali lebih banyak. Masyarakat menganggap ini peningkatan nafsu makan yang wajar.
Namun, kebiasaan ini membuat mereka cenderung mengalami kenaikan berat badan yang cukup parah. Keadaan ini boleh membahayakan mereka.

Pakar kesihatan memperingatkan wanita hamil tidak perlu makan untuk dua orang. Penelitian di Britain mendapati wanita hamil tidak perlu makan lebih banyak sebab kalori ekstra untuk memasuki trimester ketiga sudah mencukupi.


Kebanyakan wanita yang kelebihan berat badan semasa kehamilan memiliki peningkatan risiko komplikasi dua kali ganda daripada perempuan normal. Wanita hamil yang kelebihan berat badan atau obesiti berkemungkinan menghadapi masalah penggumpalan darah di kaki dan paru-paru sehingga berpotensi membahayakan nyawa semasa melahirkan dan berisiko keguguran atau melahirkan anak prematur.

Meskipun begitu, wanita dilarang berdiet semasa tempoh kehamilan. Philippa Marsden, Ketua Komite Pasien Gynaecologist Inggris, mengatakan menurunkan berat badan dengan diet selama kehamilan membahayakan kesihatan janin.

"Ubah pola diet Anda dengan makanan sehat yang dapat membuat Anda menglami kenaikan berat badan dan bahkan mungkin turun," ungkapnya. Ia menambahkan, paramedis dapat membantu wanita kelebihan berat badan jika mereka berencana untuk hamil lagi di masa mendatang atau setelah mereka melahirkan.

orangmuo

GERAKAN MEMURTADKAN KEISLAMAN GOLONGAN OKU!


KUALA TERENGGANU – Jabatan Hal Ehwal Agama Terengganu (JHEAT) berjaya mengesan wujudnya gerakan senyap pihak tertentu yang cuba memurtadkan orang-orang Islam di negeri ini.

Pesuruhjaya JHEAT, Mohd Rozali Salleh berkata, golongan orang kurang upaya (OKU) khususnya mereka cacat pendengaran atau pekak merupakan sasaran utama kumpu­lan­ terbabit.

Menurutnya, selain golongan pekak, kumpulan itu turut menyusup masuk ke hospital dan mendekati pesakit khususnya mereka yang tidak mempunyai waris atau tidak mendapat perhatian ahli keluarga.

“Mereka juga mencari peluang mendekati remaja bermasalah dan menawarkan bantuan kepada mereka sama ada dari segi kewangan mahupun menyediakan pelbagai keperluan bagi menarik perhatian.

“Ini yang berlaku dan kita memandang serius masalah ini, katanya selepas merasmikan Penutup Kursus Pengenalan Bahasa Isyarat Kepada Penjawat Awam Siri 1 di Hotel Permai In, di sini semalam.

Kursus dua hari disertai hampir 130 peserta itu bertujuan mendekatkan hubungan OKU dan orang normal supaya mereka tidak rasa tersisih.

Mohd Rozali berkata, kumpulan tersebut sentiasa mencari peluang dengan mendekati mana-mana orang Islam yang mempunyai masalah dan terbiar tanpa pembelaan mana-mana pihak.

Katanya, walaupun JHEAT tidak mempunyai data rasmi mengenai kegiatan itu namun pihaknya sedar kewujudan gerakan memurtadkan orang Islam di negeri ini.

“Kita cuba atasi masalah dengan menganjurkan program tertentu yang boleh mendekatkan golongan ini bersama JHEAT dan mendampingi mereka, katanya.



sinarharian

Jangan Sampai Kena Sembelih Masa Beli Tayar Kereta

Dalam perjalanan dari Terengganu ke Kluang beberapa hari lepas, dalam perjalanan tu satu tayar kereta saya bocor. Berhenti di kedai tak jauh dari situ dan nak ganti tayar baru. Sebelum ni rasa nak tukar juga tayar tu yang dah 3 tahun, apa lagi lepas dapat bonus akhir tahun baru ni.

Tapi bila sudah tak boleh ditampal tayar tu, maka kenalah beli tayar baru. Tengok harga tayar, maka bersetujulah beli tayar yang harga RM 230, kira murah tu untuk saiz 17 inci.

"Tauke, ini tayar bagus ker ?" Tanya saya.

"Ini bagus, buatan Amerika tapi kilang di China." Kata tauke tu.

"Betul ker bagus, ada pelanggan komplain ker ?". Tanya saya lagi.

"Ini tayar gua sudah jual dekat satu tahun, tak ada kastemer komplain" Kata tauke tu lagi.

Kasi Tukar Belakang Ke Depan

Maka saya setujulah beli dua tayar sebab yang satu tu bunga macam dah habis. Lepas tu tayar belakang tukar pergi tayar depan, sebab yang depan cepat haus. Kira setujulah saya, sebab upah lain free termasuk balancing. Lepas tu saya kata nak pergi makan kat kedai mamak tak jauh dari situ. Dia mintak no tel saya, tapi saya tak kasi dan saya pergi ke kedai dekat saja.

Pergi Cari Kat Kedai

Masa tengah makan tu, datang lelaki yang lain pulak. Dia tunjuk satu barang iaitu nat tempat pam tayar. Dia kata kalau ganti tayar elok tukar baru. Saya tanya harga berapa, dia jawab RM 80 untuk 4 atau yang lagi satu, yang lagi baik RM 120 untuk 4. Saya dah mula macam nak marah, pertama kita tengah makan dia kacau, macam tak selesa nak menyuap. Kedua, kita nak tukar tayar, bukan nak tukar nat tu. Saya suruh dia pasang semula semua tu dan dia balik. 

Lepas makan saya ke kedai tu semula. Tauke tu nampak saya saja, dia kata tayar saya sudah lama dan elok ganti 4, bukan 2. Dia kata, kalau tak tukar nanti bahaya dan boleh pecah sebab dah haus. Saya tetap pertahan nak ganti 2 saja. Bukan apa, yang dua lagi tu bunga masih baik.

Spotrim Bengkok Pulak

Lepas tu dia buat balancing dan tauke tu kata 3 spotrim saya bengkok. Saya tanya, macammana yang dikatakan bengkok tu ? Dia tunjukkan pada skrin tv tu yang bacaan tak sama. Dia kata, dia boleh baiki dengan upah satu spotrim RM 75 X 3 dalam masa 15 minit saja, dia ada mesin.

"Taukey, gua sudah bawak ini kereta sampai Kelantan, Terengganu dan KL, tak ada goyang pun". Kata saya.

"Betul kawan, you bawak mana ada rasa, tapi ini komputer kata sudah bengkok. Nanti lama-lama dia makan tayar. Nanti rugi saja tukar tayar baru". Kata tauke tu. 

"Taukey, gua tak mahu buat, gua mahu you buat balancing saja". Kata saya.

Lepas tu dia buat balancing dan dia kata kira bolehlah tak goyang sikit. Tapi dia kata, lepas ni kalau ada masa, datang semula ke kedai dia. Saya kata okey saja, dalam hati, selamat duit saya.

Spotrim Baru

Tak lama lepas tu, seorang lagi datang pada saya dan tunjukkan spotrim, dia kata harga promosi. Dia kata, ini spotrim Odysey baru, orang tu tred in sebab beli spotrim baru. Harga dia RM 1500 tapi dengan saya dia ofer cuma RM 750 saja. Saya cakap, sorilah sportim saya masih okey.

Alignment Tayar Pulak

Bila dah siap tu, ingatkan siap. Dia kata saya kena buat alignment tayar, kalau tidak, nanti goyang. Dia kata harga semua RM 80.  Saya kata, kalau setakat tukar tayar, tak payah alignment pun tak apa, bukan tukar absoeber atau stereng rack.

Selesailah Sudah

Maka saya cuma bayar dengan harga RM 230 X 2 = RM 460. Yang lain tu tak ganti, selamatlah duit. Kalau tidak, tak pasal-pasal duit sampai RM 2,000 melayang. Maka beringatlah kalau kita pergi kedai tayar, jangan sampai kita kena sembelih.

Orang perempuan, kalau ada suami, mintak suami pergi gantikan tayar. Yang anak dara, suruh abang atau adik pergi kedai tayar. Yang anak dara tak ada abang adik, suruh saya pun boleh, hehehe, gurau jer..

Tauke ni,  kalau pelanggan perempuan, lagi dia senang kelentong. Itu belum dia kata absorber keluar minyak, brek kena tukar, skru chamber kena tukar dan lain-lain kena ganti, macam-macam lagilah benda yang tak sepatutnya. Biasanya, orang perempuan ni bukan mudah nak tepis semua tu, tapi ada juga yang boleh tepis.

Apa lagi masa banyak duit, baru dapat gaji dan bonus. Tauke ni cukup-cukup pandai untuk menakutkan kita tentang bahaya kalau kita tak ganti, padahal tidak pun. Tauke duit masuk, yang tukang pujuk juga dapat komisen.

kadikluang

Kelebihan Hari Jumaat


Daripada Abu Hurairah katanya, Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya: “Sebaik-baik hari yang terbit matahari ialah hari Jumaat. Pada hari itu Adam diciptakan dan pada hari itu juga dia dikeluarkan dari syurga. Pada Jumaat juga kiamat akan berlaku. Pada hari itu tidaklah seorang yang beriman meminta sesuatu daripada Allah melainkan akan dikabulkan permintaannya.” (HR Muslim).

Rasulullah s.a.w bersabda, “Sesungguhnya hari Juma‘at adalah penghulu segala hari dan hari yang paling besar di sisi Allah Subhanhu wa Ta ‘ala iaitu hari yang lebih besar daripada hari raya Adha dan hari raya Fitrah, pada hari Jum‘at itu terdapat lima kejadian iaitu hari yang dijadikan Adam ‘alaihissalam dan Baginda di turunkan daripada syurga ke muka bumi, dan pada hari itu juga wafatnya Adam ‘alaihissalam, dan Allah mengurniakan satu saat di mana doa-doa dikabulkan kecuali doa-doa maksiat, dan hari Jum‘at juga akan terjadinya hari Kiamat”. (HR Ibnu Majah)

Rasulullah SAW berkata: “Sesiapa yang membaca surah al-Kahfi pada hari Jumaat, dia akan disinari cahaya di antara dua Jumaat.” (Sahih, al-Hakim:3392, disahihkan oleh al-Albani)

Rasulullah s.a.w bersabda, "Perbanyakkanlah membaca selawat padaku pada malam dan hari Jumaat, maka siapa yang membaca selawat untukku satu kali, Allah akan berselawat kepadanya 10 kali (Allah akan memberinya rahmat 10 kali) ". (HR Al Baihaqi)

Rasulullah s.a.w bersabda, "Sesungguhnya harimu yang paling utama adalah hari Jumaat. Maka perbanyakkanlah selawat kepadaku pada hari itu, kerana selawatmu ditunjukkan kepadaku. Para sahabat bertanya: Wahai Rasulullah, bagaimana selawat kami ditunjukkan kepadamu sedangkan tubuhmu telah hancur? Rasulullah s.a.w. menjawab: Sesungguhnya Allah mengharamkan tubuh para Nabi bagi bumi (tidak hancur)." (HR Abu Daud, Nasa'i dan Ibnu Majah).

Rasulullah bersabda maksudnya : “Sesiapa yang berwuduk dan kemudian dia pergi ke masjid untuk menunaikan solat Jumaat, lalu mendengar dan tidak bercakap (ketika khutbah dibacakan), maka diampuni dosa-dosanya yang ada di antara hari Jumaat itu dan hari Jumaat berikutnya”. (HR Muslim)

Rasulullah s.a.w bersabda, "Pada hari Jumaat terdapat satu waktu, tidaklah seorang hamba Muslim memohon sesuatu kepada Allah melainkan Allah akan mengabulkannya. Carilah ia di akhir waktu selepas asar.” (Sahih, Abu Daud: 1048, di sahihkan oleh al-Hakim, adz-Dzahabi, an-Nawawi dan al-Albani)

Rasulullah s.a.w bersabda, "Tidaklah seseorang Muslim itu meninggal dunia pada hari jumaat atau pada malam Jumaat melainkan Allah menyelamatkannya dari fitnah kubur (soalan di dalam kubur). (HR At-Tirmizi. Al-Albani mengatakan hadis ini hasan dalam Ahkam Janaiz).



lenggangkangkung

FAHAMI WAKTU SUBUR WANITA|MEMAHAMI KITARAN HAID WANITA

Kenapa anda perlu tahu waktu subur wanita? Ada 2 sebab utama :

1. Untuk memudahkan mendapat zuriat

2. Untuk mengelakkan daripada mendapat zuriat



Kedua-duanya adalah sama penting. Ilmu ini mungkin boleh anda sebarkan dan digunakan secara praktikal.


Fahami Kitar Haid


Kitaran haid wanita berlaku setiap bulan, secara puratanya ialah 28-30 hari. Tetapi setiap wanita ada kitarannya sendiri – ada 25 hari dan ada yang lambat sehingga 35 hari. Tetapi secara puratanya ialah 28-30 hari. Terdapat beberapa fasa dalam kitaran haid. Anda perlu memahami fasa ini.


Hari 1-4


Ini dipanggil fasa pengeluaran haid (menstruation) – ketika ini darah haid keluar. Hari pertama haid adalah penting untuk diketahui kerana ia adalah di mana fasa ini bermula. Pada hari pertama haid datang, ia perlu ditanda pada kalendar dan tamat selepas berapa hari. Sebaik-baiknya ditanda setiap bulan sekiranya anda ingin merancang untuk mengandung. Anda boleh mengagak kitaran period anda beberapa hari di dalam sebulan.


Hari 5-13


Ini dipanggil fasa follicular. Pada fasa ini, hormon estrogen meningkat. Ketika fasa follicular ini, darah akan berkumpul di dinding rahim dan menebal untuk persediaan mengandung. Di kawasan ovari pula, telur yang berada di dalam bekasnya akan menjadi semakin matang.


Hari 14


Waktu inilah satu proses peneluran yang dipanggil ovulasi berlaku. Telur akan terkeluar daripada sarangnya disebabkan oleh peningkatan mendadak sejenis hormon yang dipanggil Luteinizing Hormone (LH). Telur ini sekiranya tidak disenyawakan oleh sperma akan mati dan hilang. Sekiranya ia disenyawakan, ia akan turun melalu saluran fallopio ke rahim.


Hari 15-28


Ini dipanggil fasa luteal atau fasa secretory. Selepas telur dikeluarkan dari sarangnya, sejenis hormone dipanggil progestron dirembes daripada sarangnya (corpus luteum). Ini menyebabkan dinding rahim semakin menebal. Setelah progestron semakin berkurang kerana tiada persenyawaan berlaku, maka dinding ini akan runtuh.


Waktu Terbaik


Setelah anda faham kitaran haid di atas, waktu yang terbaik untuk bersama suami-isteri ialah pada hari ovulasi berlaku. Ini adalah kerana ketika itu telur baru sahaja keluar daripada sarangnya.
Bilakah secara tepat ia berlaku? Sebenarnya ia adalah lebih kurang 14 hari daripada hari pertama haid seterusnya atau ketika fasa luteal bermula



 Ini adalah kerana fasa luteal mengikut kiraan kebiasaannya berlaku selama tepat 14 hari setelah berlakunya ovulasi, sedangkan fasafolicullar boleh berubah-ubah. Jadi waktu subur adalah 14 hari sebelum hari pertama haid yang seterusnya.


Sekiranya haid anda adalah tetap 28 hari, tidak jadi masalah untuk mengira waktu subur anda. Sekiranya haid anda berubah-ubah, inilah timbulnya masalah mengira waktu subur.


Cara Lain Mengetahui Waktu Subur


Pada waktu subur, suhu badan wanita akan naik sedikit dalam satu darjah celcius. Juga terdapat lendiran cecair yang jernih daripada kemaluan. Ini adalah disebabkan hormon yang meningkat ketika itu.
Menganggar Waktu Terbaik Untuk Mendapat Zuriat


Oleh kerana telur atau ovum tidak mempunyai jangka hayat yang panjang, iaitu dalam lingkungan 1-2 hari sahaja, maka jangkamasa untuk mendapatkan zuriat adalah sangat terhad. Oleh itu sperma dicipta dengan kelebihan yang lain pula.


Selain daripada berjuta-juta sperma dilepaskan, ia juga boleh bertahan selama 3-5 hari. Ini bermakna, sekiranya suami-isteri bersama 3 hari sebelum waktu subur, atau 2 hari selepas waktu subur, maka ada peluang untuk telur itu berjumpa dengan sperma yang hidup lebih lama.


Oleh itu, untuk mendapatkan zuriat, pasangan boleh bersama pada hari ke 11, 12, 13, 14, 15 atau/dan 16 untuk mendapatkan waktu optimum hari kesuburan sekiranya haid anda datang secara konsisten selama 28 hari. Itu adalah menganggarkan waktu subur adalah pada hari ke-14.


Anda boleh cuba setiap bulan untuk beberapa bulan sekiranya tidak berhasil. Ini adalah untuk memastikan waktu subur adalah sesuai dengan waktu bersama anda.


Mengelakkan Mengandung Melalui Cara Kiraan


Selain daripada untuk mendapatkan zuriat, ada pasangan yang ingin mengelakkan mengandung dengan cara mengira kalendar.Untuk pengetahuan anda, cara mengira melalui kalendar adalah berisiko dan tidak beberapa tepat. Ini adalah kerana anda mungkin boleh tersilap kira, atau kedatangan haid yang tidak beberapa teratur menyebabkan tarikh subur lari dari kebiasaan.


Oleh kerana anda tahu sperma boleh bertahan selama 5 hari di dalam rahim (ada kajian menunjukkan 7 hari!), jadi 5 hari sebelum dan selepas hari kesuburan adalah waktu yang dianggarkan tidak boleh bersama isteri ataupun terpaksa menggunakan cara kontraseptif yang lain.


Ada juga yang meletakkan 3 hari sebelum dan selepas waktu subur. Ini lebih rapat dan lebih berisiko. Terpulang kepada anda sendiri. Seperti yang dinyatakan tadi, cara ini tidak beberapa tepat dan mempunyai risiko yang tersendiri.


sihatselalu

Khamis, 29 Disember 2011

RAHSIA TAPAK TANGAN LELAKI UNTUK GOLONGAN WANITA!


Gusar dengan sikap mahupun identiti diri si dia yang diketemu beberapa hari lalu? Atau masih mencari kebenaran dalam perhubungan yang baru terjalin? Itu antara masalah yang melanda segelintir kaum wanita hari ini.
Tidak perlu bersusah payah untuk mengorek rahsia dirinya dengan memaksa si dia berterus-terang dengan setiap tindakannya. Cuba amati rahsia telapak tangannya secara diam-diam.
Menurut pakar palmistry (membaca garis tangan) dan penulis buku Read His Hands, Know His Heart, Marion Gale, dengan hanya melihat telapak tangan lelaki, seseorang boleh mengetahui rahsia hati seorang lelaki.
"Jika ingin mengetahui karakter lelaki sebelum kamu menjalinkan hubungan serius, terokalah telapak tangan kanannya," ujar Gale.
Earth hand
Sekiranya si dia mempunyai telapak tangan dengan bahagian tengahnya berbentuk bujur dengan ukuran jari-jemari yang pendek, ini membawa erti si dia tergolong dalam kumpulan earth hand.
Lelaki ini kebiasaannya bersifat konservatif. Ia juga mempunyai pemikiran yang tinggi dan kestabilan dalam hidup.
Jika kamu berjaya menemui lelaki earth hand di tengah-tengah kota metropolitan, kemungkinan besar mereka memiliki rumah yang besar dengan halaman yang cukup luas untuk menyalurkan hobinya dalam aktiviti berkebun. Dia juga seorang lelaki yang gemar memasak dan bijak menyediakan sesuatu hidangan.

Water hand
Telapak tangan berbentuk segi panjang, dengan saiz jarinya berukuran panjang. Lelaki ini tergolong sebagai lelaki yang baik hati, sabar dan gemar menelaah bahan-bahan bacaan.
Bahkan, dia amat cenderung dengan panggilan ulat buku. Lelaki water hand juga mempunyai keperibadian yang tenang.
Kamu lebih banyak menemui mereka di acara-acara kebudayaan daripada bersosial di kelab-kelab malam atau bar.
Air hand
Lelaki air hand memiliki telapak tangan berbentuk bujur tetapi dengan jari-jari tangan yang panjang. Lelaki jenis ini mudah mempelajari hal-hal yang baru dan berwawasan dengan melakukan aktiviti mengembara ke kota atau negara lain.
Disebabkan dia mempunyai hobi yang ekstrem, lelaki ini sangat teratur dalam setiap perjalanan hidupnya.
Dia juga senang mendalami hobi baru. Hanya dengan sebuah perbualan yang bijak, lelaki ini mudah tertarik kepada kamu.
Fire hand
Lelaki dengan telapak tangan berbentuk segi panjang dengan jari-jari tangan pendek, kebiasaannya cepat berasa gelisah apabila duduk dalam suatu jangka masa yang lama.
Dia sangat menyukai perkara-perkara berbaur tentangan, sehingga tenaga lelakinya akan disalurkan.
Meskipun begitu, si fire hand ini sebenarnya berkeperibadian tingi dan seorang yang mudah bergaul. Tidak hairanlah, kerana dia mempunyai ramai teman yang begitu mengambil berat terhadapnya.
Sekiranya kamu tidak bersikap bossy terhadapnya, dia pasti akan 'menenggelamkan' dirinya dalam hubungan yang penuh keterujaan bersama kamu

duniajunko

GAYA ARTIS SAMBUT PERAYAAN '1 MALAYSIA'

Alangkah gembiranya Fasha Sandha, Faradhiya dan rakan-rakan mereka ini ketika menghadiri jamuan krismas. Ya la... kita beruntung kerana di Malaysia kita ada berbilang kaum dan mengamalkan budaya kunjung mengunjung ketika perayaan bagi mengeratkan perpaduan.

Tapi yang tak sedapnya ialah bila ada segelintir artis kita yang memakai baju menjolok mata hingga terdedah ketiak dan sedikit buah dada. Malah nampak macam nak terlucutpun ada..!

Bukan apa, kalau nak hidup gaya moden sekalipun, yang dilarang oleh agama tak payahlah kita ikut kerana ia hanya akan mengaibkan diri sendiri... tak gitu?


Klik untuk imej besar...





myartis

Sekolah khas bagi pelajar miskin pintar: Jabatan zakat Kedah

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEgT9Bdj5fs9Xdde3kPzl4QgSPqxVZjthMJIaOAYVxa6YLPpWJFf0udZAo-rdVFW-zcASHqU8_AVPSa7WBIR6eojAAEWQ-iXIpvBq86mGuJP5rrXq4X0fV-wDyeHhvxBk73IRiZyzjeDhTqG/s1600/sbt.jpg
ALOR SETAR: Jabatan Zakat Negeri Kedah akan membina sebuah sekolah menengah khas bagi anak yatim dan pelajar pintar daripada keluarga miskin bagi memastikan mereka mempunyai masa depan yang baik.

Setiausaha Jawatankuasa Zakat Negeri Kedah, Datuk Syeikh Ghazali Yaacob, berkata sekolah yang menempatkan pelajar Tingkatan Satu hingga Lima itu akan dibina di atas tanah milik Majlis Agama Islam Negeri Kedah di Belantik, Sik.

"Jika mereka duduk dengan ibu bapa, mereka susah belajar walaupun cerdik kerana masalah kemiskinan. Sekolah itu yang ada kemudahan asrama kita jangkakan boleh menempatkan 200 pelajar," katanya selepas majlis penyerahan zakat perniagaan oleh empat syarikat di sini.
Beliau berkata, majlis itu memperuntukkan RM5 juta untuk pembinaan sekolah yang dijangka dapat dimulakan pertengahan tahun depan.

"Kita hanya tunggu pelan itu siap," katanya.

Sementara itu, Syeikh Ghazali berkata, kutipan zakat tahun ini adalah sebanyak RM102 juta, melebihi sasaran RM83 juta yang ditetapkan.

"Tahun 2010 kita kutip sebanyak RM80 juta kerana itu kita hanya sasarkan RM83 juta tetapi kutipan kita jauh lebih banyak. Ada lagi yang mahu membayar zakat sebelum akhir tahun ini," katanya.
Bagaimanapun, beliau melahirkan rasa kecewa dengan kutipan zakat padi yang baginya terlalu rendah berbanding kawasan sawah padi yang luas di negeri Kedah.

"Negeri Jelapang Padi, kalau ikutkan keluasan sawah padi kita sepatutnya dapat RM38 juta setahun tetapi kutipan kita hanya kira-kira RM3 juta. Untuk itu kita adakan sesi penerangan tentang zakat ini kepada penanam padi dan kita panggil semua amil," katanya.

Empat syarikat yang menyerahkan zakat perniagaan mereka kepada Syeikh Ghazali ialah Koperasi Bank Persatuan Malaysia Bhd (RM480,039.73), Kumpulan Ladang-Ladang Perbadanan Kedah (RM170,628.70), Permodalan Usahawan Nasional Bhd (RM100,000) dan Public Bank Bhd (RM15,000), dengan jumlah keseluruhan sebanyak RM765,668.43. 


- BERNAMA     

Tips Supaya Anak Sukakan Sayur



Sayur tidak mengandungi kolestrol, rendah lemak, rendah kalori dan rendah natrium. Serat yang terkandung dalam sayur berupaya mencegah sembelit dan beberapa jenis kanser. Sayur yang berwarna hijau dan oren kaya dengan beta karotena yang penting untuk kesihatan mata. Sayuran hijau mengandungi zat besi yang dapat mengelakkan masalah kekurangan darah. Sayur juga kaya dengan antioksidan seperti vitamin A, C dan E. 


Wah sayur begitu kaya dengan khasiat tapi jarang sangat kita dengar kanak-kanak sukakannya. Sejak berzaman, kanak-kanak seakan memusuhi sayur-sayuran. Untuk menggalakkan anak makan sayur, ibu bapa mesti terlebih dahulu sukakan sayur. Tunjukkan pada anak betapa ibu dan bapanya sukakan sayur-sayuran. Hati anak mungkin terbuka untuk merasa keenakan sayur dan ketahuilah bahawa membiasakan anak makan sayur sejak kecil akan membantunya gemarkan sayur-sayuran apabila besar kelak.


Selain itu kita juga boleh mengajak anak bersama memilih sayur dan menyediakannya untuk di makan satu famili. Cara macam ni tidak semestinya berjaya dengan sekali cubaan tapi semakin kuat kita berusaha semakin besar kebarangkalian untuk berjaya. Ini aku dah praktikkan pada Aiman, sedikit sebanyak dia sudah mula sukakan sayur walaupun selalunya Aiman makan pada jumlah yang sangat sedikit. Ibu dan abah role model terbaik, aku dan en suami memang penggemar sayur. Chaiyok!hehe..


Apa yang penting cari jalan untuk mengubah persepsi anak terhadap sayur-sayuran. Jangan memaksa atau marah jika anak enggan makan sayur. Beritahu anak tentang keenakan sayur-sayuran dan kebaikan makanan tu terhadap tubuh. Jadikan juga aktiviti makan sayur-sayuran sebagai aktiviti menyeronokkan. 


Sayur boleh dihidangkan dengan cara masakan yang pelbagai seperti menggoreng, mencelur, mengukus, dibuat sup, jus dan salad. Selain itu kita juga boleh mencuba pelbagai alternatif lain untuk menghidangkan sayur-sayuran kepada anak. Contohnya jika anak sukakan roti dan kek, kita boleh sediakan yang berperisa sayur seperti kek lobak merah atau roti kentang


puankutu

Jamil Khir Salah Guna Wang Zakat – Kata Ketua Audit Negara Tetapi MAIWP Kata Ini Kewajipan Mereka?

jamil khir zakat 6 Jamil Khir Salah Guna Wang Zakat   Kata Ketua Audit Negara Tetapi MAIWP Kata Ini Kewajipan Mereka?
Timbulnya dakwaan Datuk Seri Jamil Khir (Menteri Di Jabatan Perdana Menteri – Agama) guna wang zakat Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) dah lama sebenarnya sekitar bulan Jun 2011. Walaubagaimanapun, pada masa itu Jamir Khir menafikan tuduhan yang mengatakan beliau gunakan wang zakat untuk kos guaman ke atas kes Qazaf membabit Anwar Ibrahim.
Ini laporan berita tersebut :
jamil khir zakat5 Jamil Khir Salah Guna Wang Zakat   Kata Ketua Audit Negara Tetapi MAIWP Kata Ini Kewajipan Mereka?
Bersama-sama ini kami lampirkan surat yang ditulis oleh Dato Seri Azmi Khalid, Pengerusi Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara merangkap Ahli Parlimen Kawasan Padang Besar mengenai penyalahgunaan wang Zakat Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan.
Kes ini mudah sahaja untuk difahami
  • Ambil wang zakat terlebih dahulu
  • Kemudian bayar balik semula wang zakat yang telah digunakan
Selain itu, dokumen atau surat dari Ketua Audit Negara yang secara jelas menyatakan dalam satu pemeriksaan audit yang dijalankan di MAIWP terhadap perbelanjaan bagi kos guaman RM63,500.00 ianya melibatkan Jamil Khir Menteri di Jabatan Perdana Menteri.
jamil khir zakat Jamil Khir Salah Guna Wang Zakat   Kata Ketua Audit Negara Tetapi MAIWP Kata Ini Kewajipan Mereka?
jamil khir zakat2 Jamil Khir Salah Guna Wang Zakat   Kata Ketua Audit Negara Tetapi MAIWP Kata Ini Kewajipan Mereka?
jamil khir zakat3 Jamil Khir Salah Guna Wang Zakat   Kata Ketua Audit Negara Tetapi MAIWP Kata Ini Kewajipan Mereka?
jamil khir zakat4 Jamil Khir Salah Guna Wang Zakat   Kata Ketua Audit Negara Tetapi MAIWP Kata Ini Kewajipan Mereka?
Ini yang berjaya diselongkar & dan diketahui ramai. Yang tidak berjaya dikesan?
P/S : Apa pandangan anda, boleh atau tidak kita guna wang zakat yang bukan hak kita tidak kira jumlahnya kecil apatah lagi jumlah besar untuk kepentingan peribadi & sendiri walaupun kita sudahpun membayarnya semula?


beritasemasa

Akibat Banjir ..1,055 buah Kereta Honda Dimusnahkan Di Thailand.

BANGKOK: Pengeluar kereta Jepun, Honda memusnahkan 1,055 kenderaannya di Thailand untuk memastikan kepada pelanggannya bahawa tiada kenderaan yang rosak dalam kejadian banjir di negara ini baru-baru ini dijual semula di pasaran.

Proses memusnahkan kenderaan terbabit di kilang Honda di wilayah tengah Ayuttaya mulai semalam dijangka mengambil masa sebulan, menurut kenyataan Honda. Kebanyakan kereta terbabit yang akan dimusnahkan adalah kereta City kategori ‘sedan’ dan Brio serta Jazz ‘hatchback’. Pengeluaran di kilang terbabit masih belum diteruskan semula.

Laporan dari Thailand menyatakan, sebanyak 353 Honda City dimusnahkan, 217 jenis Brio, 213 Jazz, 150 Civic, 91 Accord, 30 CRV dan sebuah Freed. Kilang kenderaan itu terletak di Rojana Industrial Park yang teruk dilanda banjir awal Oktober lalu memaksanya menangguhkan pengeluaran kenderaan. Gambar yang diambil dari udara menunjukkan beratus-ratus kereta baru terbenam dalam air berlumpur.

“Ketika kami mampu untuk menempatkan kebanyakan kereta baru yang menunggu penghantaran ke satu kawasan selamat, sebanyak 1,055 kenderaan masih berada di loji berkenaan yang akhirnya musnah dalam banjir,” kata Pitak Pruittisarikorn, naib presiden eksekutif Honda Automobile Thailand. – AFP

P/s: Jadi tak perlu risau kalau nak beli kereta Honda, bukan yang tenggelam dalam banjir, he3
...








budakbotak
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...