Mungkin rejim Israel merasakan mereka
telah berjaya mencapai matlamat apabila terbunuhnya pemimpin sayap
tentera Hamas, Briged al-Qassam iaitu Ahmed Jabari pada 14 November
2012. Namun, hakikatnya mereka belum lagi berjaya kerana sejarah
mencatatkan pemimpin Hamas sering diganti dengan mereka yang mempunyai
hati yang cekal dan sanggup syahid kerana agama.
Berdekad-dekad sudah, Israel laknat
sering mensasarkan pemimpin utama Hamas sebagai tindakan balas dendam
dan merendahkan moral mujahiddin Islam Palestin. Namun, ia sedikit pun
tidak menjejaskan para mujahiddin daripada segi fizikal dan rohani.