Selasa, 25 Jun 2013

Pedih Ulu Hati Simptom GERD

oleh Nurul Anuar Kari

Adakah anda sering merasa pedih ulu hati (heartburn) atau tidak selesa di bahagian dada hingga menular ke kerongkong? Atau pernahkah anda mengalami kembung perut atau sendawa yang kerap, walaupun belum menikmati makanan.

Sekiranya anda mempunyai gejala-gejala ini selain sering rasa masam atau pahit di dalam mulut, sukar menelan makanan, sakit kerongkong dan batuk berterusan seterusnya mengalami gangguan tidur akibat simptom-simptom tersebut, anda mungkin menghidap GERD.

GERD (gastroesophageal reflux disease) merupakan penyakit biasa di Barat dan kini semakin banyak dikesan pada penduduk Asia, terutamanya golongan muda di bawah umur 40 tahun.



10 Sebab Kemungkinan Mat Rempit Masuk Syurga

1. Bukankah Allah Maha Penerima Taubat. Mereka bertaubat dan berazam betul-betul utnuk tidak buat lagi perbuatan sia-sia dan berdosa. Insya Allah mereka akan masuk Syurga.

2. Jumlah Mat Rempit di Malaysia sudah mencecah ribuan orang. Daripada mereka kamikaze di jalan raya, baik mereka melakukan 'amali istisyshadiah' atau berjihad di Palestin. Peperangan di Palestin adalah perang jihad kerana mempertahan hak agama dan harta orang Islam.

3. Menghantar pesakit ke hospital. Ini mungkin tidak sesuai untuk pesakit yang tak sedarkan diri. Antara 'basic knowledge' seorang Mat Rempit ialah CILOK. Mat Rempit mungkin dapat menyelamatkan nyawa orang yang kemalangan. Kalau pesakit tidak boleh nak dibawa, Mat Rempit akan ke hospital berhampiran dan akan membawa doktor dan petugas perubatan ke tempat kejadian dengan secepat mungkin.


Kelebihan/Hikmah Jerebu Yang Ramai Tak Tahu


jerebu

Assalamualaikum

Fuhh keadaan jerebu di shah Alam semakin memburuk , di catatkan hari nie di shah Alam 157, tapi alhamdulilah masih terkawal lagi. Tapi percayalah disebalik semua musibah ini pastinya ada kelebihan yang ramai tak tahu , asyik tahu menyalahkan jerebu saje.

Dan entri ini pemintaan kak kathy ,jadi acik tunaikan.Kita di Malaysia ini ,kita bersyukur kerana negera kita aman dan di uji sedikit saje tentang jerebu ,dah kecoh itu inilah, jom acik kongsikan kepada kamu semua kelebihan jerebu yang berlaku.

Cermin Diri

tumblr_m06x01D8kc1rpll93o1_500
Dikisahkan, ada seorang lelaki yang sedang mengalami masalah bertubi-tubi. Rumah tangganya tidak harmoni. Pada masa yang sama juga beliau diberhentikan kerja.

Pada waktu yang senggang, dia berfikir dan muhasabah diri. Apa yang salah dengan hidupku? Mengapa aku gagal? Bagaimana caranya untuk merubah kegagalan dengan kejayaan?


Akhir Zaman: Udara tercemar

Dari Aisyah Ra. ia berkata: "Aku mendengar Rasulullah Shallallahu 'Alaihi wa Sallam bersabda;" Tidak akan terjadi hari kiamat sehingga seorang anak menjadi sebab kemarahan (bagi ibu bapanya) hujan akan menjadi panas (hujan akan berkurang dan cuaca akan menjadi panas), akan bertambah banyak orang yang tercela dan akan berkurangan orang yang baik, anak-anak menjadi berani melawan para orang tua serta orang yang jahat berani melawan orang-orang baik, "(HR. Thabrani).
 
 

Jangan Sombong Dengan Takdir


BISMILLAH.....

Jika hendak dikirakan ’beriman’ dengan Allah, iblis laknatullah sepatutnya lebih tinggi imannya kepada Allah. Masakan tidak, dia pernah berdialog dengan Allah (dialog yang telah dirakamkan dalam Al Quran). Dia percaya kepada syurga dan neraka. Bukan sahaja percaya bahkan telah melihatnya..Syaitan yakin tentang adanya Hari Pembalasan.. Hendak diukur dari segi ibadah,ya ibadah iblis begitu hebat..Puluhan ribu tahun sujud, rukuk dan membesarkan Allah hingga terlantik sebagai ketua malaikat...Cuma satu…syaitan kecundang kerana tidak dapat menerima takdir Allah...
 
 

Isnin, 24 Jun 2013

Hanya Sekolah Di Kawasan Bacaan IPU 300 Akan Ditutup - Kementerian Pendidikan

Semua sekolah yang terletak di kawasan di mana bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) melebihi 300 perlu ditutup, kata Ketua Pengarah Kementerian Pendidikan Tan Sri Abd Ghafar Mahmud dalam satu kenyataan, Isnin. Sekolah-sekolah di kawasan dengan bacaan IPU di bawah 250 dibuka seperti biasa

Manakala  Semua sekolah dan institusi prasekolah di Melaka yang ditutup pada Isnin akibat jerebu diarah dibuka semula seperti biasa esok (Selasa).

Pengumuman itu dibuat Ketua Menteri Melaka Datuk Idris Haron melalui radio Melaka FM, petang Isnin.
Mengulas lanjut, Pengarah Jabatan Pelajaran Melaka Kasim Muhamad ketika dihubungi Bernama berkata kesemua 313 sekolah menengah dan rendah itu dibuka semula ekoran bacaan Indeks Pencemar Udara (IPU) kini berada di bawah tahap bahaya.


Design Kedai Yang Unik Di Dunia


Ada berbagai cara yang dilakukan oleh penjual barang, untuk menarik perhatian para pelanggan masuk kedalam kedainya. Salah satunya dengan desain kedai yang unik dan menarik, yang membuat orang ingin masuk untuk melihatnya.

Berikut beberapa kedai didunia yang memiliki desain unik dan menarik:

1. Podium 1, Paris

Kedai di Paris Prancis ini menggabungkan kesan jadul yang diambil dari meja dan lemari berbahan kayu lapuk, yang digabungkan dengan aksen- aksen krom mengkilap, lemari dekoratif, dan diselimuti oleh wallpaper berwarna emas yang membuat ruangan ini tampak eksentrik dan memukau.
 
 

Sumber Mata Air Telaga Zam Zam

Telaga Zamzam  ialah telaga biasa yang terletak di dalam Masjidil Haram di Makkah, hampir dengan Kaabah, tempat paling suci dalam Islam. Telaga zam-zam merupakan satu-satunya sumber air bersih dari bawah tanah di Mekah satu ketika dahulu.

Telaga zamzam dalamnya 30 meter sahaja dan kedalaman air hanya 3.32 meter. Terdapat beberapa punca mata air di bawah 13 meter.



Inilah 8 Jenis Donat Dari Pelbagai Negara

Kita mengenal donat sebagai kek manis bulat Namun sebetulnya kuih yang diperbuat daripada adunan yang digoreng bukan hanya donat. Banyak negara mempunyai makanan khas masing-masing yang dibuat dengan cara yang sama: adunan manis yang digoreng.
1. Fritters

Malaysia punya pisang goreng, Amerika juga punya gorengan buah. Bezanya, adonannya tebal dan manis seperti donat, dan mereka menyebutnya Fritters.




Bagaimana ‘Nozzle’ Pam Petrol Tahu Tangki Penuh?

Hari hari kita isi minyak di stesen minyak. Tapi bagaimana sebenarnya ‘nozzle’ atau picu pam minyak yang kita gunakan semasa isi minyak tahu bahawa tangki dah penuh? Ada dua saluran (valve) iaitu saluran utama yang dilalui oleh petrol untuk masuk ke dalam tangki dan satu saluran halus yang mempunyai pelampung udara. Prinsip Bernoulli digunakan apabila udara didalam dikeluarkan sehingga menjadi vakum. Apabila tiada udara di dalam tangki dan pelampung tadi akan menghentikan saluran utama.
 
 
 

Resepi Sizzling Yee Mee Sedap!

Assalamualaikum,
Hari ni aku mahu berkongsi resepi untuk menu ku hari ini..abbi request nak makan nih...kebetulan memang baru beli 'hot plate' istimewa untuk sizzling mee ni......so semangat sikit nak buatnya...
walllaaa.... sedap hingga menjilat hot plate lah!

~ tengok.. gelembung gelembung tu... tu tengah menggelegak sakan tu... sedia untuk di angkat!! ~
Ok, moh kita kongsi resepi ya!
 
 

Tips Sebelum Membuat Keputusan


decide 
                                      ‘Guess if you can, choose if you dare.’ -Pierre Corneillie-

Roda waktu tak pernah menunggu, ia akan pergi dan terus berlalu. Tiada apa yang ada pada usia melainkan hanyalah detik-detik kehidupan yang semakin berkurang. Pertambahan umur membuatkan manusia semakin matang secara teorinya. Namun adakah perkara itu merupakan suatu realiti secara praktikal?

Manusia. Mereka dikurniakan akal. Namun sejauh mana mereka memanfaatkannya? Sejauh mana akal itu digunakan berbanding emosi yang menjadi pilihan? Berbicaranya daku bukan kerana apa, kerana penyakit dalam masyarakat kita semakin melata.


Kenapa Lelaki idak suka wanita yang kuat merajuk?

Merajuk-memujuk adalah antara satu cara untuk merapatkan hubungan lelaki dan perempuan. Tetapi awas, terlalu suka merajuk juga akan membuatkan lelaki tidak suka pada perempuan tersebut.

Berikut adalah sebab kenapa lelaki tidak suka kepada perempuan yang terlalu suka merajuk.

1. Wanita suka melihat sesuatu perkara remeh bagi lelaki itu sebagai perkara besar, contohnya soal pilih gerai makan. Wanita cerewet mengenai pemilihan gerai makan sehingga suka tarik muka jika gerai itu tidak berkenan di hati sedangkan lelaki anggap soal makan di mana sahaja yang boleh.
 
 

Empat Jenis Manusia


Ada empat jenis manusia dalam dunia ini:

Pertama ialah mereka yang tidak ada lidah dan tidak ada hati. Mereka ini ialah orang-orang yang bertaraf biasa, berotak tumpul dan berjiwa kerdil yang tidak mengenang Allah dan tidak ada kebaikan pada mereka. Mereka ini ibarat melukut yang ringan, kecuali mereka dilimpahi dengan kasih sayang Allah dan membimbing hati mereka supaya beriman serta menggerakkan angota-anggota mereka supaya patuh kepada Allah. 
 
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...